Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam beritamalay3.blogspot.com

Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam beritamalay3.blogspot.com
link : Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam beritamalay3.blogspot.com

YANG TERSURAT ADALAH ‘WAJAH’ MELAYUNYA
YANG TERSIRAT ADALAH AJARAN ISLAMNYA
Peribahasa melayu selalu terkait dengan keagamaan. Begitu alim orang melayu terdahulu tanpa kita sedari. Berapa banyak pahala mereka sudah kutip walaupun pencipta-pecipta peribahasa ini telah meninggal dunia. Kita masih menggunakan sampai sekarang.
Orang Melayu kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Islam mengajar untuk memegang amanah rahsia.
Orang Melayu kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Islam mengajar untuk mengurus sesuatu perkara sesempurna mungkin.
Orang Melayu kata bapa borek anak rintik.
Islam mengajarkan bahawa anak umpama kain puteh, ibu bapanyalah yang mencorakkannya.
Orang Melayu kata melentur buluh biar dari rebung.
Islam mengajar kita untuk mendidik anak sedari umurnya kecil lagi
Orang Melayu kata jangan bercermin di air keruh.
Islam kata mengambil ilmu biarlah dari guru yang benar.
Orang Melayu kata bumi mana tidak ditimpa hujan.
Islam mengajar kita bahawa dunia ini ada masa Allah akan menguji hamba-hambaNya.
Orang Melayu kata habis akal baru bertawakal.
Islam mengajar kita untuk berikhtiar dahulu, kemudian baru bertawakal.
Orang Melayu kata meludah ke langit terkena muka sendiri.
Islam kata jgb buka 'aib orang.Hari ini kamu buka 'aib org, esok lusa Allah buka 'aib kamu
Orang Melayu kata cubit peha kiri peha kanan terasa.
Islam kata ummah itu spt sebadan, sakit satu anggota, sakit semua.
Orang Melayu kata ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk.
Islam kata semakin berilmu, semakin bertawadhu'.
Orang Melayu kata 'bagai menarik rambut di tepung, rambut dapat, tepung tidak berselerak".
Islam sangat menekankan perkara adab, akhlak dan hikmah.
Org Melayu kata biar lambat asal selamat.
Islam kata bersabar, di hujung kesabaran adalah kejayaan.
Orang Melayu kata sebab pulut santan binasa, sbb mulut badan merasa.
Islam kata berapa ramai orang yang binasa disebabkan lisannya.
Orang Melayu kata bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Islam mengajar kelebihan mesyuarah dan muafakat.
Org Melayu kata yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing.
Islam sangat memberatkan semangat ukhwah dan tolong menolong dlm jemaah.
"Kembali Melayu pada jatidiri kemelayuannya, sebagai bangsa yang berjatidiri Islam"
Wallahu'alam..
sumber : Abnaa Ul Jawi


Demikianlah Artikel Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tersurat itu Melayu, Tersirat itu Islam beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/08/tersurat-itu-melayu-tersirat-itu-islam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :