Judul : ["HEBATNYA PAN"]Tutup tahfiz tapi bukan kedai arak, soal PAS kepada Khalid Samad beritamalay3.blogspot.com
link : ["HEBATNYA PAN"]Tutup tahfiz tapi bukan kedai arak, soal PAS kepada Khalid Samad beritamalay3.blogspot.com
["HEBATNYA PAN"]Tutup tahfiz tapi bukan kedai arak, soal PAS kepada Khalid Samad beritamalay3.blogspot.com
PAS hari ini mempersoalkan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berhubung arahan menutup pusat tahfiz tidak berdaftar di ibu kota, sedangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya mengutamakan penutupan kedai arak susulan kes pengambilan arak tiruan yang meragut 37 nyawa sehingga kini.
“Ramai yang masih menunggu pengumuman menteri wilayah untuk mengarahkan kedai arak ditutup, selepas lebih 30 mangsa mati akibat keracunan arak baru-baru ini,” tulis Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Facebooknya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, 23 kematian itu direkodkan di Selangor, 11 di Kuala Lumpur dan 3 di Perak.
Katanya, 23 pesakit masih menerima rawatan di 12 hospital sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan, dengan 8 daripadanya kritikal.
Tuan Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya menutup premis haram merosakkan seperti rumah urut, pusat hiburan dan kilang haram yang terus berleluasa serta melakukan pelbagai kesalahan dan menimbulkan masalah sosial, alam sekitar dan institusi keluarga.
Katanya, kerajaan tidak sepatutnya menghukum pusat tahfiz lain disebabkan kes pengetua pusat tahfiz di Kepong yang didakwa meliwat 9 pelajarnya.
“Yang buat salah tu tangkaplah, ambillah tindakan. Tak ada siapa nak bela yang buat perlakuan tak senonoh tu. Hukumlah seberat hukuman.”
Beliau berkata, sebagai pemimpin Islam, idea menutup pusat tahfiz tidak berdaftar tidak sepatutnya terlintas dalam fikiran Khalid.
“Beliau sepatutnya memikirkan cara untuk membantu pusat pendidikan tidak berdaftar seperti tahfiz yang mendidik dan beroperasi melahirkan ratusan anak muda yang berakhlak dan penuh dadanya dengan al-Quran dan bukan mencari alasan untuk menutupnya.”
Semalam, Khalid mengumumkan DBKL akan menutup semua pusat tahfiz tidak berdaftar dan beroperasi secara haram, termasuk pusat tahfiz di Kepong, bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar terjamin.
Beliau berkata, DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memantau semua pusat tahfiz di ibu kota.
Pengetua pusat tahfiz di Kepong yang beroperasi secara haram itu ditahan polis kerana dipercayai meliwat 9 pelajarnya berusia 11 hingga 16 tahun.
Suspek berusia 30 tahun itu kemudiannya didakwa dengan 11 pertuduhan di Mahkamah Seksyen Putrajaya, Rabu lalu, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - fmt
Demikianlah Artikel ["HEBATNYA PAN"]Tutup tahfiz tapi bukan kedai arak, soal PAS kepada Khalid Samad beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel ["HEBATNYA PAN"]Tutup tahfiz tapi bukan kedai arak, soal PAS kepada Khalid Samad beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ["HEBATNYA PAN"]Tutup tahfiz tapi bukan kedai arak, soal PAS kepada Khalid Samad beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/09/hebatnya-pantutup-tahfiz-tapi-bukan.html