SST: Kehadapan Ayahanda Tun M beritamalay3.blogspot.com

SST: Kehadapan Ayahanda Tun M beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SST: Kehadapan Ayahanda Tun M beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SST: Kehadapan Ayahanda Tun M beritamalay3.blogspot.com
link : SST: Kehadapan Ayahanda Tun M beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


SST: Kehadapan Ayahanda Tun M beritamalay3.blogspot.com


Kehadapan ayahanda tersayang Tun Mahathir,

Apa khabar Tun? Saya percaya ketika ayahanda Tun membaca warkah ini, pastinya Menteri Kewangan Lim Guan Eng sedang duduk disebelah Tun.

Tun, 

Hari ini telah bermula sistem percukaian SST. Apa yang saya nampak, ianya tidak jauh berbeza dengan sistem GST yang telah dimomokkan oleh Tun sebelum ini. 

Cuma bezanya, ada sesetengah premis mengenakan 10% untuk cukai perkhidmatan manakala 6% lagi cukai jualan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 16%. Lebih mahal 10% berbanding GST sebelum ini.

Tun, 

Saya telah mengikut nasihat Tun tempoh hari dimana Tun berkata jika tak mahu membayar SST, tak perlu keluar dari rumah. 

Alhamdulillah, hingga ke saat penulisan saya ini saya belum lagi keluar dari rumah untuk membeli apa-apa barang. Saya yakin saya mampu hidup sebegini hingga ke penghujung tahun.

Tun, 

Pagi tadi saya telah menyuruh anak saya membelikan tambah nilai kad prabayar untuk saya sebanyak RM10, tetapi yang masuk cuma RM9.40. Saya tertanya-tanya kemana perginya baki 60 sen? 

Adakah baki tersebut dimasukkan ke akaun anak-anak Tun? Jika ya, saya tak kisah kerana saya adalah rakyat yang tak perlu dimanjakan. Biarlah anak-anak Tun saja yang dimanjakan.

Tun, 

Banyak komen-komen negatif di media sosial mengenai peningkatan harga barang berikutan perlaksanaan sistem percukaian SST yang bermula hari ini. 

Ianya jauh berbeza seperti mana yang telah diungkapkan oleh penasihat Menteri Kewangan tanpa gaji Tony Pua bahawa SST akan menurunkan harga barang. Mungkinkah ini kesilapan pegawai khas Lim Guan Eng yang tersilap titik perpuluhan sekali lagi?

Tun, 

Semalam saya ada menonton video jutawan perniagaan Aliff Syukri menangis kerana beban SST. Dalam tangisan, beliau mengatakan bahawa produk keluaran syarikat beliau terpaksa dinaikkan harga. 

Saya mulanya tak pasti samada saya mahu tumpang menangis atau tidak. Jika beliau yang kaya-raya pun menangis, apatah lagi saya rakyat marhaen? Jadi saya pun menangis bersama.

Tun, 

Saya menetap di rumah flat. Tiada tanah dibelakang rumah untuk saya menanam nenas atau bercucuk tanam. Walaupun terdapat 3 bilion jumlah ikan kembong di laut pun tak ada guna bagi saya kerana saya bukan nelayan. 

Jadi saya harap SST ini tidak membebankan saya yang kini tidak lagi mendapat bantuan BR1M dan lain-lain tongkat seperti di zaman kerajaan terdahulu.

Tun, 

Terlalu banyak kisah yang ingin saya coretkan disini mengenai kelahiran SST hari ini. Memandangkan data internet sudah dipotong 60 sen, cukuplah saya berhenti disini. 

Apa pun saya mendoakan agar kerajaan baru Tun ini dapat mengambil berat akan keluhan rakyat marhaen seperti saya.

Sekian.


Demikianlah Artikel SST: Kehadapan Ayahanda Tun M beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel SST: Kehadapan Ayahanda Tun M beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SST: Kehadapan Ayahanda Tun M beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/09/sst-kehadapan-ayahanda-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates: