Judul : SST: (MOF CAP AYAM) Najib jawab lagi, KJ pergi mana, sonyap je, dah Masuk DAP ke beritamalay3.blogspot.com
link : SST: (MOF CAP AYAM) Najib jawab lagi, KJ pergi mana, sonyap je, dah Masuk DAP ke beritamalay3.blogspot.com
SST: (MOF CAP AYAM) Najib jawab lagi, KJ pergi mana, sonyap je, dah Masuk DAP ke beritamalay3.blogspot.com
Pagi ini, Kementerian Kewangan memuatnaik satu hantaran (posting) infografik di laman rasmi Facebook mereka yang memaparkan perbandingan harga barangan di bawah cukai SST dan cukai GST.
Pengiraan untuk GST yang ada di dalam infografik ini ternyata salah kerana tidak mengambil kira input GST yang boleh dituntut balik. Jika mengikut pengiraan yang betul, harga jualan kepada pengguna di bawah cukai GST dengan menggunakan margin keuntungan yang sama sepatutnya RM152.64 dan bukan RM171.49.
Selepas menyedari kesalahan itu lantaran dikecam pengguna Facebook, Kementerian Kewangan memadamkan posting FB ini beberapa jam kemudian.
Integriti Kementerian Kewangan tentang hal cukai dan pengiraan amat penting dan kesalahan dalam pengiraan cukai begini tidak patut dilakukan. Bagaimana sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap cukai itu sendiri tidak tahu pengiraan yang betul?
Setahu saya, selama 9 tahun saya menjadi Menteri Kewangan, kita tidak pernah membuat posting dengan pengiraan yang amat ketara kesilapannya dan tidak penah memadam sebarang posting.
Infografik ini dibuat dan diterbitkan oleh BERNAMA dan saya dapati mereka masih menggunakan infografik ini sehingga tular.
Walaupun YB Tony Pua yang merupakan penasihat kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng pernah berucap dengan begitu yakin di Parlimen bulan lalu bahawa SST akan mengurangkan harga barang (Hoh! Satu kenyataan yang paling berani) dan kerajaan PH bertegas mempertahankan cukai SST mereka, saluran rasmi kementerian dan informasi kerajaan tidak patut digunakan untuk menipu rakyat dengan pengiraan yang ternyatanya sangat salah.
Biar rakyat menilai dengan sendiri jika harga barang telah turun pada hari ini - iaitu hari pertama cukai SST dilaksanakan. - Najib Razak
Demikianlah Artikel SST: (MOF CAP AYAM) Najib jawab lagi, KJ pergi mana, sonyap je, dah Masuk DAP ke beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel SST: (MOF CAP AYAM) Najib jawab lagi, KJ pergi mana, sonyap je, dah Masuk DAP ke beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SST: (MOF CAP AYAM) Najib jawab lagi, KJ pergi mana, sonyap je, dah Masuk DAP ke beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/09/sst-mof-cap-ayam-najib-jawab-lagi-kj.html