Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA beritamalay3.blogspot.com

Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA beritamalay3.blogspot.com
link : Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA beritamalay3.blogspot.com

Individu yang diberi gelaran rasmi dibenarkan memakai pakaian nombor 1. (Gambar Facebook)
Seorang peguam menolak kritikan kumpulan veteran terhadap pemakaian seragam anggota Jabatan Amal PAS semasa pemeriksaan perbarisan sempena perasmian Muktamar PAS minggu lalu, mengatakan perkara itu bukan isu.
Peguam pemerhati bagi Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Datuk Michael Wong berkata tidak ada salahnya Jabatan Amal PAS memakai seragam seperti pakaian nombor 1 Angkatan Tentera Malaysia yang biasa dipakai semasa upacara atau majlis penting.
Beliau mempersoalkan bantahan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengatakan adalah satu kesalahan bagi sesiapa yang tidak berada dalam perkhidmatan tentera memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan tentera.
“Bagaimana Patriot dapat menentukan pakaian nombor 1 yang dimaksudkan hanya untuk tentera dan pegawai polis?
“Pada pendapat saya, tidak ada masalah dengan pakaian nombor 1 melainkan ia kelihatan sama dengan seragam angkatan tentera atau polis, atau ia sengaja ditiru daripada rekaan tersebut,” katanya kepada FMT.
Wong juga berkata individu yang diberi gelaran rasmi dibenarkan memakai pakaian nombor 1.
“Sama ada gelaran ‘Datuk’ dari istana atau pingat dari tentera atau polis, kita boleh memakainya semasa acara rasmi,” katanya.
Presiden Patriot, Datuk Mohamed Arshad Raji mendesak Putrajaya mengambil tindakan segera di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan Akta atau Akta 574.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kementeriannya akan menyiasat dakwaan Patriot.
Setiausaha PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut menolak kritikan Patriot.
Beliau berkata pakaian nombor 1 adalah normal, dan bertanya mengapa kumpulan veteran itu tidak membantah penjualan pakaian tentera atau polis di kedai-kedai biasa atau mendesak kerajaan kawal perkara itu.
Ini adalah kali pertama Jabatan Amal PAS memakai pakaian nombor 1 untuk perhimpunan agung parti. Tahun-tahun sebelum ini, mereka memakai seragam merah dengan seluar hitam. - FMT


Demikianlah Artikel Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak Salah PAS Pakai Seragam seperti No.1 ATM - Peguam Pemerhati RELA beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/09/tidak-salah-pas-pakai-seragam-seperti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :