[KECOH] Hanipa Maidin dibidas sebagai “low class” dan tidak profesional beritamalay3.blogspot.com

[KECOH] Hanipa Maidin dibidas sebagai “low class” dan tidak profesional beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [KECOH] Hanipa Maidin dibidas sebagai “low class” dan tidak profesional beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KECOH] Hanipa Maidin dibidas sebagai “low class” dan tidak profesional beritamalay3.blogspot.com
link : [KECOH] Hanipa Maidin dibidas sebagai “low class” dan tidak profesional beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


[KECOH] Hanipa Maidin dibidas sebagai “low class” dan tidak profesional beritamalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila seorang ahli Parlimen membidas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin sebagai “low class” dan tidak profesional dalam isu menurunkan had umur kelayakan mengundi.
Hanipa berkata usul meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun mungkin tidak akan berjaya kerana ia mungkin tidak akan disokong oleh wakil-wakil rakyat pembangkang.
Usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan 2/3 ahli-ahli Dewan Rakyat.
“Segala kita buat perlukan pemindaan Perlembagaan. Masalah kita adalah kerajaan tiada 2/3. Memang Yang Berhormat (YB) cakap sokong tapi orang Barisan Nasional pun tak dengar cakap YB, apa lagi suara kami.
“Saya percaya YB mungkin sokong tapi kerajaan tak boleh ambil risiko. Kata sokong tetapi selepas itu tak sokong sebab YB pembangkang, kerja nak malukan kerajaan saja,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) tentang menurunkan had umur mengundi.
Kata-kata Hanipa itu mengundang reaksi daripada wakil-wakil rakyat BN termasuk Ahmad sendiri, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).
Shamsul berkata Hanipa nampak masih memiliki mentaliti pembangkang walaupun sudah menjadi timbalan menteri.
“‘Low class’ punya menteri. Macam pembangkang lagi mentaliti,” katanya.
Ahmad pula berkata usul kerajaan akan disokong jika ia baik untuk rakyat.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta pertikaian dihentikan dan meneruskan sesi kepada soalan seterusnya. - fmt


Demikianlah Artikel [KECOH] Hanipa Maidin dibidas sebagai “low class” dan tidak profesional beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel [KECOH] Hanipa Maidin dibidas sebagai “low class” dan tidak profesional beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KECOH] Hanipa Maidin dibidas sebagai “low class” dan tidak profesional beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/10/kecoh-hanipa-maidin-dibidas-sebagai-low.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :