Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam beritamalay3.blogspot.com

Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam beritamalay3.blogspot.com
link : Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam beritamalay3.blogspot.com

Ahli Parlimen DAP diingatkan tidak memandai samakan ajaran agama di Iran dengan Malaysia

NIBONG TEBAL7 Safar 1440HKhamis – Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail mendesak Ahli Parlimen DAP, P Kasthuriraani tidak mencampuri hal ehwal agama Islam.
Menyifatkan kenyataan wakil rakyat Batu Kawan dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini memalukan, katanya, anak perempuan bekas pemimpin DAP, P Patto itu dangkal berkenaan Islam.
“Kami warga Pulau Pinang berasa kesal dengan kenyataan beliau yang jelas tidak memahami hal ehwal Islam berkaitan agama dan fahaman, walaupun beberapa kali ditegur oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, namun sedikit pun tidak diendahkan.
“Bagi saya, beliau tidak layak bercakap berkaitan hal tersebut kerana beliau tidak memahami dan terlalu dangkal terhadap perkara itu”, katanya seperti dilapor UMNO Online.
Terdahulu, P Kasthuriraani mendesak kerajaan menghentikan tangkapan ke atas individu yang menganut fahaman Syiah Imamiyyah dan ajaran sesat yang lain dengan alasan fahaman-fahaman itu adalah agama yang berbeza daripada agama Islam.
Kenyataannya itu bersandarkan kepada Perlembagaan negara yang mengatakan Islam Agama bagi Persekutuan tapi agama lain boleh diamalkan di Malaysia.
Walhal, Syiah Imamiyyah adalah salah satu fahaman yang menyeleweng di dalam Islam dan hanya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie sahaja yang dibenarkan untuk diamalkan dan diajarkan di dalam negara.
Mengulas lanjut, Norhiesam berkata, P Kasthuriraani sepatutnya merujuk kepada mereka yang lebih mengetahui terhadap konsep agama dan fahaman yang ingin dibentangkan.
Katanya, dalam Perkara 3, Perlembagaan menyebut hanya Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan, jadi sebagai Yang Berhormat, maka beliau seharusnya perlu memahami pendirian Malaysia dan bukannya Iran.
“Jadi tidak perlu memandai-mandai menyamakan ajaran yang diamalkan oleh Iran dan Malaysia.
“Syiah dan Ahmadiah bukanlah agama tetapi adalah fahaman yang sesat seperti yang disepakati oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perkara ini jelas dan tidak perlu lagi dipertikaikan lagi. Sebab itu saya tegaskan di sini, kalau tidak tahu tidak perlu cakap.
“Apa yang saya risaukan kenyataan beliau akan memaparkan imej buruk serta tidak benar terhadap Islam sebagai Agama rasmi negara kita dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai fahaman yang diiktiraf oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya. - ismaweb


Demikianlah Artikel Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenyataan P Kasthuriraani beri imej buruk kepada Islam beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/10/kenyataan-p-kasthuriraani-beri-imej.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :