Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" beritamalay3.blogspot.com

Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" beritamalay3.blogspot.com
link : Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" beritamalay3.blogspot.com

Raja bomoh, Ibrahim Mat Zin memberi amaran kepada Exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee agar tidak lagi mengulangi perangai biadapnya jika tidak mahu terkena penangan ‘penendang kuda’.
“Saya bagi amaran kepada Exco Melaka, jangan biadap dan kurang ajar kepada orang tua.
“Saya takut nanti kalau KJ (Khairy Jamaluddin) saya nak bagi penampar buaya, exco ni pula saya bagi penendang kuda! Baru dia tahu macam mana kuda tendang manusia,” katanya kepada SuaraTv.
Amaran beliau itu susulan video Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka itu yang bersikap kasar terhadap penduduk kampung tular di laman media sosial.
Menerusi video tersebut, Norhizam dilihat mengherdik penduduk kampung sebagai ‘tidak sekolah’ kerana membantah penutupan Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia di Batu Berendam.
Dalam penjelasan mengenai penutupan jalan itu, Norhizam berkata Jalan Kampung Pulau Nibong-Taman Akasia ditutup demi keselamatan rakyat kerana mendakwa terdapat kes kemalangan dan kecurian berlaku akibat aliran trafik yang tinggi di jalan tersebut.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, Norhizam sewajarnya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan permasalahan dihadapi penduduk di kawasannya dengan bijaksana.
“Kita sebagai wakil rakyat, menjaga hati rakyat. Tanpa rakyat kita tak jadi wakil rakyat.
“Dalam Pakatan ini ada pelbagai parti. Untuk apa? Untuk satukan rakyat pelbagai kaum. Jangan hina orang Melayu, orang tua, tak kira siapa Melayu, Cina atau India,” katanya lagi.
Ibrahim sebelum ini terkenal dengan ‘aksi ritualnya’ membantu mengesan kehilanhan pesawat MH370.
Tindakannya menggunakan karpet ketika melakukan upacara ‘ritual’ itu dikritik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan ketika itu.
Susulan itu, Ibrahim mencabar KJ meletakkan jawatannya sebagai menteri dan mahu memberinya ‘penampar buaya’ kerana bersikap biadap. -SuaraTv


Demikianlah Artikel Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Raja Bomoh pula Mahu Bagi PENENDANG KUDA YB "Samseng" beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/10/raja-bomoh-pula-mahu-bagi-penendang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :