Bajet alternatif: BN kembalikan GST dengan 3% beritamalay3.blogspot.com

Bajet alternatif: BN kembalikan GST dengan 3% beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bajet alternatif: BN kembalikan GST dengan 3% beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet alternatif: BN kembalikan GST dengan 3% beritamalay3.blogspot.com
link : Bajet alternatif: BN kembalikan GST dengan 3% beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Bajet alternatif: BN kembalikan GST dengan 3% beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Sempena pembentangan Bajet 2019 esok, Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang mengemukakan beberapa cadangan yang dipanggil “Inisiatif Ekonomi Rakyat”.
Menurut Menteri Kewangan bayangan BN, Khairy Jamaluddin, antara inisiatif yang dicadangkan adalah mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar 3%.
Ia antara 9 hasil cukai yang dicadangkan oleh BN. Daripada 9, 6 daripadanya kutipan hasil cukai baharu antaranya cukai soda, cukai karbon, cukai beg plastik, cukai tobin, cukai remit dan cukai kekayaan.
“BN mencadangkan pengenalan semula GST pada kadar 3%. Cukai GST yang lebih telus dan cekap akan diperkenalkan semula dengan kadar lebih rendah dan jumlah senarai barangan dikecualikan lebih banyak.
“Jumlah hasil dijangka adalah sama dengan jumlah kutipan di bawah SST,” katanya dalam perbentangan bajet alternatif BN itu di Parlimen, hari ini.
Khairy berkata dengan pelaksanaan kembali GST, ia dapat mengurangkan pasaran gelap yang berpunca daripada pengelak pembayar cukai.
Dalam pada itu, bekas timbalan menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata GST mampu mengurangkan pasaran gelap berjumlah RM20 bilion.
“Pendapatan GST 3% adalah RM22 bilion, dan anggaran kita secara tak langsung selamatkan RM20 bilion. Maka jumlah pendapatan bertambah kepada RM42 bilion,” katanya kepada media ketika diminta mengulas lanjut mengenai pasaran gelap.
Jumlah kutipan hasil GST ketika ia diperkenalkan pada kadar 6% berjumlah RM42 bilion. Ini bermakna di bawah kadar 3% jumlah kutipan GST dianggarkan RM21 bilion.
Selain itu, Khairy berkata BN akan meneruskan kembali projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) bagi menjana peluang pekerjaan dan memastikan wilayah di luar Kuala Lumpur menerima pembangunan yang setara.
Bertemakan “Merancakkan pembangunan, meningkatkan pengagihan, kalis masa depan”, antara 8 lagi fokus cukai pendapatan baharu BN ialah:
1. Penstrukturan levi pekerja asing
Menstruktur semula bayaran levi pekerja asing yang dikenakan dengan menaikkan pada kadar yang munasabah bagi setiap sektor dan industri. Penstrukturan ini diharap mampu membantu negara mencapai matlamat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing pada masa depan tanpa terlalu menjejaskan kos majikan.
2. Caj remit
Caj remit akan dikenakan ke atas kiriman wang ke luar negara oleh pekerja asing di negara ini. Data rasmi menunjukkan RM34.75 billion wang dikirimkan pekerja asing di negara ini pada 2015.
3. Cukai soda
Sejumlah 10.76 gram gula diambil menerusi minuman soda setiap hari atau bersamaan 1.3 juta liter minuman soda setiap tahun. Cukai ini dikenakan pada kadar RM0.25 bagi setiap liter minuman soda.
4. Cukai karbon
Caj RM10 bagi setiap tan metrik kepada kilang industri yang mengeluarkan gas rumah hijau sekurang-kurangnya 25,000 tan metrik. Industri di Malaysia dianggar mengeluarkan gas rumah hijau sebanyak 256 juta tan metrik setahun dan dijangka sebanyak 70% daripada pemain industri akan terkesan dengan cukai ini.
5. Cukai beg plastik
Dianggarkan sejumlah 9.72 bilion beg plastik digunakan oleh rakyat Malaysia setahun. Menerusi caj RM0.20 yang dikenakan ke atas pelanggan ketika ini, sebanyak RM0.15 akan dikutip sebagai cukai beg plastik. Jumlah hasil yang boleh diperolehi kerajaan menerusi cukai ini adalah sebanyak RM1.46 bilion.
6. Cukai kekayaan
Mengenakan cukai kekayaan terhadap individu yang mempunyai harta terkumpul tahunan melebihi RM10 juta sama ada melalui gaji, elaun, hartanah atau hasil pelaburan.
7. Cukai tobin
Memperkenalkan cukai tobin yang dikenakan ke atas transaksi saham jangka masa pendek bagi mengawal spekulasi yang boleh memberi risiko ketidaktentuan pasaran saham.
8. Penstrukturan semula cukai pendapatan individu
Membuat penstrukturan ke atas banjaran sedia ada cukai pendapatan individu dengan pengenalan kategori pendapatan RM350,000 ke atas dan RM500,000 ke atas. - Fmt


Demikianlah Artikel Bajet alternatif: BN kembalikan GST dengan 3% beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Bajet alternatif: BN kembalikan GST dengan 3% beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bajet alternatif: BN kembalikan GST dengan 3% beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/11/bajet-alternatif-bn-kembalikan-gst.html

Subscribe to receive free email updates: