Judul : Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah beritamalay3.blogspot.com
link : Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah beritamalay3.blogspot.com
Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah beritamalay3.blogspot.com
Suasana di Tanah Rata, Cameron Highlands. Mahkamah umum kerusi Parlimen itu terbatal dan tidak sah serta mengarahkan agar pilihan raya diadakan semula. -Gambar fail |
Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP, M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Ahli Parlimen C Sivarraajh dari Barisan Nasional (BN) didapati bersalah memberikan suapan kepada pengundi Orang Asli dalam pilihan raya 9 Mei lalu.
Hakim Azizah berkata M Manogaran berjaya membuktikan calon BN itu melakukan aktiviti rasuah semasa mesyuarat pada 28 April serta pada 3, 6, 7, 8 dan 9 Mei tahun ini.
Dalam petisyennya yang difailkan pada 4 Jun lalu, Manogaran menamakan Sivarraajh sebagai responden tunggal.
Beliau mendakwa Sivarraajh ketika berkempen telah memberi rasuah antara RM30 dan RM1,000 kepada masyarakat orang asli melalui ketua kampung untuk memastikan mereka mengundi calon BN.
Pada PRU14 Mei lalu, calon BN itu memperoleh 10,307 undi mengalahkan Manogaran yang mewakili Pakatan Harapan dengan 9,710.
Calon PAS, Wan Mahadir Wan Mahmud pula memperoleh 3,587 manakala calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan. - Astro Awani #CelahGelegar
Demikianlah Artikel Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/11/mahkamah-isytihar-kerusi-parlimen.html