Rais Yatim Tak Puas Hati larangan berpantun beritamalay3.blogspot.com

Rais Yatim Tak Puas Hati larangan berpantun beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rais Yatim Tak Puas Hati larangan berpantun beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rais Yatim Tak Puas Hati larangan berpantun beritamalay3.blogspot.com
link : Rais Yatim Tak Puas Hati larangan berpantun beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Rais Yatim Tak Puas Hati larangan berpantun beritamalay3.blogspot.com


Budayawan negara, Tan Sri Rais Yatim mempertikaikan larangan berpantun dalam majlis rasmi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sambil berkongsi surat dipercayai pekeliling larangan tersebut, Rais melahirkan rasa tidak puas hatinya.

“Baca surat ini. Takkanlah Melayu dah begitu daif budaya sendiri hinggakan nak berpantun pun dihalang.

“Kini tentera tak dibenarkan guna pantun dalam skrip. Dewan Bahasa (dan Pustaka) kamu buat apa? Sasterawan-sasterawan negara, pejuang-pejuang bahasa tunggu apa lagi?,” tulisnya di Twitter, hari ini.

Surat bertarikh 2 November lalu yang dikongsi Rais itu ditandatangani Ketua Staf Markas ATM, Datuk Kamalruzaman Mohd Othman menyebut arahan larangan penggunaan pantun di dalam skrip juruacara majlis rasmi ketenteraan ATM.

“Satu perbincangan bersama Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin) telah diadakan berhubung kewajaran penggunaan pantun di dalam skrip juruacara semasa berlangsungnya majlis-majlis rasmi ketenteraan.

“Hasil daripada perbincangan tersebut adalah dimaklumkan PAT telah memutuskan bahawa tiada lagi penggunaan pantun dalam skrip juruacara bagi setiap majlis rasmi ketenteraan,” katanya.

Sementara ciapan Rais di Twitter itu menerima pelbagai maklum balas daripada pengikutnya.

Afffde menulis, “saya setuju dengan Tan Sri. Belum ada yang terbunuh kalau guna pantun dan tak akan tercela kegagahan tentera disebabkan kelembutan bait pantun.”

 Zaidydiaze menulis, “apa rasionalnya larangan berpantun dalam skrip untuk majlis rasmi ketenteraan? Mohon pencerahan daipada pihak Kementerian Pertahanan.”

Azlim Ibrahim pula menulis, “panglima dan laksamana dulu pun berpantun, carilah pantun panglima, pendekar. Tak kan sebab tentera nak tunjuk tegas, muka ketat dan terjerit-jerit baru ok. Kalau tentera Amerika dan lain memanglah tak tahu pantun.” - SH


Demikianlah Artikel Rais Yatim Tak Puas Hati larangan berpantun beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Rais Yatim Tak Puas Hati larangan berpantun beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rais Yatim Tak Puas Hati larangan berpantun beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/11/rais-yatim-tak-puas-hati-larangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :