Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang beritamalay3.blogspot.com

Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang beritamalay3.blogspot.com
link : Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang beritamalay3.blogspot.com

KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, harus meletakkan jawatan kerana membangkitkan kemarahan orang ramai berhubung cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Malah, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) itu harus disiasat pihak berkuasa kerana tindakannya yang dilihat lebih menjurus kepada perpecahan kaum.
“Beliau bukan saja harus meletak jawatan kerana gagal menjaga perpaduan dan keharmonian sehingga menyebabkan keadaan kecoh pada masa ini...tetapi perlu ditahan, disiasat dan didakwa sekiranya mendapati ada unsur-unsur kesalahan.
“Tindakannya ibarat mencurah minyak ke api, ramai yang marah dengan tindakannya...jangan biarkan perkara ini berlanjutan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 26 Oktober lalu, Waytha Moorthy, dilaporkan berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.
Namun, Perdana Menteri Tun, Dr Mahathir Mohamad, kemudian dilapor berkata rundingan membabitkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia adalah negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu.
Sesi rundingan dan libat urus dengan pelbagai pihak berhubung hasrat kerajaan meratifikasi ICERD dijangka dimulakan Januari depan.
Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam menegaskan yang parti itu tidak akan menyertai sebarang rundingan dengan kerajaan mengenainya dan menolak sepenuhnya cadangan meratifikasi ICERD.
Cadangan kerajaan untuk meratifikasi ICERD mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).


Demikianlah Artikel Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siasat dan dakwa Waytha Moorthy - Mufti Pahang beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/11/siasat-dan-dakwa-waytha-moorthy-mufti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :