Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah 3 kali keguguran beritamalay3.blogspot.com

Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah 3 kali keguguran beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah 3 kali keguguran beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah 3 kali keguguran beritamalay3.blogspot.com
link : Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah 3 kali keguguran beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah 3 kali keguguran beritamalay3.blogspot.com

 Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah  3 kali keguguran 

RAJA Pop Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinya Zai Izzati Khairuddin, 24, sudah tiga kali mengalami keguguran sejak setahun lebih menjalani alam rumah tangga.

Jamal berkata, dia kini membawa isterinya mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

"Sehingga kini belum ada rezeki zuriat lagi kerana sudah tiga kali keguguran.
"Saya sudah membawa dia berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan dan kuatkan rahim," ujarnya kepada mStar Online.

Jamal ditemui pada sidang media konsert Duo Lagenda Datuk M Nasir dan Datuk Jamal Abdillah yang bakal berlangsung pada 20 hingga 23 Disember ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah dan Jamal bernikah di Ipoh, Perak pada 1 April tahun lalu.



Jamal dan isteri masih mencuba untuk mendapatkan zuriat.

Ini merupakan perkahwinan keempat buat penyanyi lagu Azura ini. Sebelum ini, Jamal berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.
Dalam pada itu, bercakap tentang kehidupan rumah tangga, Jamal berkata, kehidupannya kini lebih tenang dan teratur.

"Seperti orang lain badan saya makin berisi, hidup lebih tenang dan semuanya teratur sahaja.

"Dia ada datang tapi duduk seorang-seorang kerana tiada kawan, kesian juga kalau bawa dia ke majlis hiburan kerana dia masih belum biasa," ujarnya.

Mengenai konsert berkenaan kata Jamal, pada malam pertama satu segmen amal akan diadakan bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali iaitu isteri

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyampaikan sebuah lagu secara santai.

"Kita mengajukan cadangan ini kepada Tun M dan Tun Siti Hasmah, tidak sangka mereka terima dan sudi untuk membantu dalam kutipan dana amal tersebut.

"Tun Siti akan bermain biola untuk lagu Gubahanku yang kami sampaikan secara santai sahaja," ujarnya.

Konsert yang berdurasi selama dua jam itu bakal menyaksikan mereka membawa lapan lagu popular masing-masing.

Manakala penyanyi undangan Cassidy Anderson akan menyampaikan tiga buah lagu termasuk duet bersama Jamal dan M Nasir.

Tiket menyaksikan konsert ini dijual daripada RM158 sehingga RM1,500.
Ia boleh didapati dengan menghubungi 03-21706333.



Demikianlah Artikel Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah 3 kali keguguran beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah 3 kali keguguran beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Rezeki ... Isteri Jamal Abdillah 3 kali keguguran beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2018/11/tiada-rezeki-isteri-jamal-abdillah-3.html

Subscribe to receive free email updates: