KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? beritamalay3.blogspot.com

KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? beritamalay3.blogspot.com
link : KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? beritamalay3.blogspot.com

Akhirnya nanti, apabila banyak syarikat Takaful dan insuran tempatan gulung tikar, ia akan dituduh PEMALAS

Saya pasti bahawa dana untuk membayar Skim Perlindungan Nasional B40 bernilai RM2 Bilion ini sebenarnya ialah hasil dari langkah kerajaan PH membenarkan syarikat insuran asing beasr untuk terus menguasai pasaran tempatan.

Syarikat-syarikat insuran asing amat besar. Ini memberi kesan kepada daya saing syarikat-syarikat Takaful dan insuran tempatan yang jauh lebih kecil.

Pada tahun 2016, syarikat-syarikat insuran asing menguasai 81.7% dari industri insuran Malaysia.

Pada tahun 2017, BNM di bawah kerajaan BN memberi amaran terakhir kepada syarikat-syarikat asing untuk melepaskan sekurang-kurangnya 30% kepentingan saham di dalam operasi tempatan mereka kepada syarikat tempatan.

Langkah ini diambil untuk menggalakkan syarikat Malaysia bagi mengurangkan dominasi syarikat asing di dalam industri tempatan.

Kemungkinan besar bahawa dana RM2 bilion untuk Skim Perlindungan Nasional B40 bagi tahun ini sebenarnya datang dari syarikat insuran Singapura, Great Eastern milik bank Singapura.

Setakat ini, Great Eastern Singapura masih memiliki 100% saham di dalam operasi mereka di Malaysia yang menjana keuntunggan sebanyak RM1 bilion setiap tahun dari kita.

Saya mengesyaki Kementerian Kewangan PH telah mengarahkan BNM untuk membenarkan Great Eastern supaya tidak perlu mematuhi arahan BNM lagi dan terus memiliki kepentingan 100% di dalam operasi di Malaysia yang amat besar  dengan membayar RM2 bilion.

Ini pernah didedahkan oleh pengurusan Great Eastern sendiri di laporan media Singapura.

https://www.businesstimes.com.sg/companies-markets/great-eastern-says-rm2b-contribution-to-malaysias-new-health-insurance-plan-among

Kita tidak pasti jika pelepasan yang diberi kepada Great Eastern ini ialah untuk selama-lamanya ataupun untuk tempoh tertentu kerana ini tidak diumumkan oleh kerajaan PH.

Tetapi langkah ini tentu telah menggadaikan masa depan industri dan pasaran insuran syarikat-syarikat Takaful dan insuran negara dan kita akan terus didominasi oleh syarikat-syarikat asing yang besar.

Akhirnya nanti, apabila banyak syarikat Takaful dan insuran tempatan gulung tikar, ia akan dituduh malas berusaha.

Oleh : Najib Razak    #CelahGelegar 


Demikianlah Artikel KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/01/kroni-menteri-kenapa-great-eastern.html

Subscribe to receive free email updates: