(Pendidikan Islam) Tun Hamid: Adakah disebabkan kebencian terhadap Islam yang mendalam? beritamalay3.blogspot.com

(Pendidikan Islam) Tun Hamid: Adakah disebabkan kebencian terhadap Islam yang mendalam? beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk (Pendidikan Islam) Tun Hamid: Adakah disebabkan kebencian terhadap Islam yang mendalam? beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (Pendidikan Islam) Tun Hamid: Adakah disebabkan kebencian terhadap Islam yang mendalam? beritamalay3.blogspot.com
link : (Pendidikan Islam) Tun Hamid: Adakah disebabkan kebencian terhadap Islam yang mendalam? beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


(Pendidikan Islam) Tun Hamid: Adakah disebabkan kebencian terhadap Islam yang mendalam? beritamalay3.blogspot.com

ADALAH menyedihkan mendengar seorang negarawan seperti beliau membuat ucapan seperti itu. Itu bukanlah mutu ucapan yang kita harapkan daripada beliau. Mungkin, di umur beliau dan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak patut menerima jemputan jamuan makan malam bekas pelajar sekolah lagi, walaupun sekolahnya sendiri. Malah, beliau patut mengelak membuat kenyataan akhbar, apatah lagi menjawab soalan-soalan secara spontan. Tidak dapat tidak kesilapan akan berlaku.


Di Malaysia, daripada ingatan saya, amalan Perdana Menteri menjawab soalan-soalan wartawan secara spontan itu dimulakan oleh beliau. Tetapi, dahulu beliau masih muda.

Yang gembira adalah pengarang-pengarang akhbar online dan pembaca-pembaca yang menunggu sesuatu yang tidak baik dikatakan mengenai Islam. 

Mereka ada agenda sendiri. Apabila Perdana Menteri membuat kesilapan dan berkata sesuatu yang tidak baik terhadap Islam, mereka terus melompat dan menyahut “betul” dan mengambil kesempatan membuat desakan bagi mencapai agenda mereka, termasuk menuntut dikurangkan masa untuk pelajaran agama Islam dan diadakan semula sekolah aliran Inggeris, bersama-sama sekolah aliran Cina dan India.

Yang menghairankan ialah mengapa mereka begitu gembira menyahut ucapan Perdana Menteri itu? 

Mereka tidak menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah kebangsaan. 

Jika anak-anak mereka belajar di sekolah kebangsaan pun, anak-anak mereka dikecualikan daripada kelas-kelas agama itu. Adakah semua itu disebabkan oleh kebencian mereka terhadap Islam yang mendalam?

Sekolah Katolik

Saya belajar di sekolah Roman Katolik selama dua tahu semasa dalam tingkatan enam. Setiap pagi, selama 45 minit, diadakan kelas agama untuk pelajar-pelajar beragama Roman Katolik. 

Pelajar-pelajar lain, termasuk Islam, diletakkan dan kelas Moral Instructions. 

Tiada sesiapa menyalahkannya.

Sekarang, di sekolah-sekolah kebangsaan, hampir kesemua pelajarnya adalah Melayu/Islam, mengapa orang bukan Islam menyibuk?

Adakah mereka tidak suka pelajar Islam diajar pelajaran agama Islam? 

Sampai pelajaran agama Islam yang diajar kepada pelajar-pelajar Islam pun mereka hendak campur tangan!

Kepada Lim Kit Siang, saya katakan, jika jadual untuk pembelajaran agama Islam dikurangkan atas alasan yang salah, tentu sekali orang Melayu marah. 

Jangan lupa betapa besarnya cabaran yang akan dihadapi jika kerajaan hendak menutup sekolah-sekolah aliran Cina dan India, sedangkan itulah antara sebab utama polarisasi kaum!

Mengatakan bahawa pelajar-pelajar sekolah kebangsaan hanya diajar ilmu agama adalah tidak betul. 

Mengatakan, oleh sebab itu pelajar-pelajar lulusan sekolah kebangsaan ‘tidak fasih’ (lemah) dalam mata pelajaran lain juga adalah tidak betul.

Daripada pemerhatian saya, latar belakang, keadaan sekitar, tahap ekonomi dan availability sumber pembelajaran adalah faktor penting. Sebab itu, pelajar-pelajar kampung yang dipilih untuk belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mencapai prestasi cemerlang.

Lemah bahasa Inggeris

Saya akui, umumnya, terdapat kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris, terutama sekali dalam percakapan atau lisan dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu. Sepatutnya, seorang pelajar yang diajar bahasa itu daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, selama 11 tahun, paling kurang boleh bercakap dengan fasih.

Tetapi, daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar luar bandar, di mana bahasa Inggeris tidak digunakan langsung di rumah dan di kampungnya, malah mungkin dianggap sebagai ‘kurang-Islam’ atau ‘tak-Islam’, tidak yakin atau ‘malu’ untuk bercakap Inggeris walaupun setelah mereka lulus universiti dan bekerja berpuluh-puluh tahun hingga menjadi profesor, hakim dan doktor.

Kesimpulannya, kita tidak boleh menyalahkan pengajaran pendidikan Islam sebagai sebab kelemahan pelajar-pelajar Melayu dalam mata-mata pelajaran lain, jika mereka betul lemah dalam mata-mata pelajaran lain sekali pun.

Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara
Sumber: Utusan Malaysia   #CelahGelegar 


Demikianlah Artikel (Pendidikan Islam) Tun Hamid: Adakah disebabkan kebencian terhadap Islam yang mendalam? beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel (Pendidikan Islam) Tun Hamid: Adakah disebabkan kebencian terhadap Islam yang mendalam? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (Pendidikan Islam) Tun Hamid: Adakah disebabkan kebencian terhadap Islam yang mendalam? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/01/pendidikan-islam-tun-hamid-adakah.html

Subscribe to receive free email updates: