Fb Dr Sanusi di sekat lepas tegur peng hina Nabi Muhammad beritamalay3.blogspot.com

Fb Dr Sanusi di sekat lepas tegur peng hina Nabi Muhammad beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Fb Dr Sanusi di sekat lepas tegur peng hina Nabi Muhammad beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fb Dr Sanusi di sekat lepas tegur peng hina Nabi Muhammad beritamalay3.blogspot.com
link : Fb Dr Sanusi di sekat lepas tegur peng hina Nabi Muhammad beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Fb Dr Sanusi di sekat lepas tegur peng hina Nabi Muhammad beritamalay3.blogspot.com

13 Jamadilakhir 1440H, Isnin– Hanya kerana memuat naik hantaran yang menegur tindakan individu bukan Islam menghina Rasulullah ﷺ , laman Facebook Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Ahmad Sanusi disekat.

Sekatan ke atas laman Facebook Dr Ahmad Sanusi itu berlaku selepas beliau menulis satu hantaran bertajuk ‘Jangan biarkan Rasulullah dihina’ berkaitan isu tular Foo Sing Wai yang menghina Rasulullah ﷺ. 

Beliau yang dihubungi Ismaweb.nethari ini, mengesahkan mengenai tindakan itu, dan memaklumkan bahawa sekatan itu turut membabitkan akaun Facebook peribadinya.

“Laman dan akaun peribadi Facebook saya disekat untuk sebarang hantaran dalam tempoh tiga hari. Malah, hantaran terakhir pagi tadi juga dipadam selain page dan akaun peribadi disekat.

“Saya rasa ia disebabkan hantaran terakhir kerana sekatan berlaku selepas ia dimuat naik. Sama ada ia dilaporkan oleh pihak tertentu terhadap hantaran itu, atau memang pihak pengurusan Facebook sendiri yang membuang semua hantaran berkaitan,” katanya.
Berikut adalah kenyataan yang ditulis Dr Ahmad Sanusi, sebelum ia dipadamkan:

1. Tular pagi ini gambar dari Facebook yang dikatakan menghina Rasulullah. Menyifatkan Baginda sebagai seorang yang memanipulasi kanak-kanak. Non Muslim seharusnya faham batas pertuturan yang boleh dilakukan oleh merka. Ini kerana, perkara penghinaan terhadap Rasulullah adalah isu yang perlu dihindari.

2. Al-Imam Ibn al-Qayyim pernah menampilkan beberapa contoh individu yang dihukum oleh Rasulullah kerana menzahirkan penghinaan terhadap Rasulullah. Antaranya:

a. Menurut Saidina Ali, seorang lelaki perempuan Yahudi pernah mencerca Nabi secara terang-terangan. Perempuan tersebut telah dibunuh lalu perkara ini di bawa kepada Nabi. Raslullah mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa perjanjian perlindungan perempuan tersebut terbatal kerana tindakan tersebut. (Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, (al-Dammam: Ramadi li al-Nashr, 1997), 3/1398.)

b. Al-Imam Ahmad ibn Hanbal berhujah dengan riwayat daripada Ibn Abbas yang menceritakan tentang seorang lelaki yang memiliki Umm Walad (seorang hamba perempuan yang melahirkan anak kepada tuannya). Perempuan ini (Umm Walad tersebut) sering mengutuk (mencaci: tashtumu) Nabi.

Setelah dinasihati oleh lelaki ini berkali-kali, perempuan tersebut masih kekal dengan sifatnya yang menghina Rasulullah. Hilang sabar dengan sikap perempuan itu, lelaki tersebut membunuhnya. Apabila perkara ini disampaikan kepada Nabi, Rasulullah berkata perjanjian keamanan yang diberikan kepada perempuan tersebut telah terbatal kerana menyakiti Nabi. (Abu Daud, Sunan Abu Daud, (Beirut: Maktaba al-Asriyyah, t.t.), 4/129 (no. 4361); al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, (Halab: Maktab al-Matbu’at al-Islamiyyah, 1986), 7/107.)

3. Ketegasan ini adalah salah satu prinsip Rahmatan lil alamin yang perlu difahami. Huraian pendek ini sekadar ingin menjelaskan bahawa adakalanya Rasulullah bertindak tegas di dalam beberapa perkara melalui kaedah yang dibenarkan syarak. Ia adalah sebagai salah satu ciri rahmah seperti yang disebutkan di dalam hadith. Penjelasan lanjut berkenaan konsep rahmah ini boleh didapati dipautan:

https://www.researchgate.net/publication/329223144_Konsep_Rahmatan_Lil_Alamin_Dalam_Hadith_Penerokaan_Makna_Serta_Aplikasi_Di_Malaysia

Hantaran terakhir pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga kolumnis Ismaweb.net itu, turut dimuat naik bersama lampiran gambar yang memaparkan kenyataan Foo Sing Wai. - ismaweb 


Demikianlah Artikel Fb Dr Sanusi di sekat lepas tegur peng hina Nabi Muhammad beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Fb Dr Sanusi di sekat lepas tegur peng hina Nabi Muhammad beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fb Dr Sanusi di sekat lepas tegur peng hina Nabi Muhammad beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/02/fb-dr-sanusi-di-sekat-lepas-tegur-peng.html

Subscribe to receive free email updates: