Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih beritamalay3.blogspot.com

Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih beritamalay3.blogspot.com
link : Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih beritamalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Jumlah majoriti pengundi Melayu sebanyak 68 peratus dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan bermula 16 Februari ini akan menjadi kelebihan kepada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH).

Hal ini kerana PH dilihat masih gagal menambat hati kaum Melayu selain hilang populariti disebabkan beberapa isu sentitif yang menyentuh etnik tersebut seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan kegagalan menunaikan manifesto secara menyeluruh.


Menurut pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor, tambah menyulitkan PH untuk menang adalah populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kalangan Melayu dan seluruh Malaysia dengan tagline ‘malu apa boskurr’.

“Meskipun Najib dilanda pelbagai isu, tetapi BN berjaya mengguna pakai popularitinya dalam PRK Cameron Highlands. Bahkan, kedudukan BN semakin pragmatik di bawah pimpinan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Semenyih mempunyai jumlah pengundi Melayu kritis yang tinggi dan tidak mengikat diri dengan sesebuah parti. Mereka sebaliknya mengundi berdasarkan kepentingan dan isu sama ada lokal mahupun nasional dan kawasan ini terkenal dengan melakukan peralihan undi (swing vote),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Muhamad Nadzri berkata, PH berdepan cabaran sukar di untuk menawan hati pengundi DUN Semenyih kerana faktor kegagalan perlaksanaan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) khususnya mengenai pemansuhan tol.

Katanya, ramai pengundi DUN Semenyih bekerja di Lembah Klang menggunakan lebuh raya yang mempunyai tol dan kegagalan PH menunaikan janji menghapuskan tol akan menyebabkan defisit keyakinan dalam PRK nanti. -UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/02/melayu-jadi-penentu-gabungan-bn-pas.html

Subscribe to receive free email updates: