Judul : Ustaz kesal percaya fitnah ke atas Najib beritamalay3.blogspot.com
link : Ustaz kesal percaya fitnah ke atas Najib beritamalay3.blogspot.com
Ustaz kesal percaya fitnah ke atas Najib beritamalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib memberikan pesan kepada rakyat Malaysia agar tidak mudah percaya terhadap fitnah kerana ia sebenarnya ‘senjata’ kepada pihak yang mahu mendapatkan kuasa.
Bekas perdana menteri mendakwa, individu-individu terbabit cuba mendapatkan kuasa menerusi apa cara sekalipun termasuk memfitnah asalkan hasrat dan cita-cita mereka tercapai.
“Jangan mudah terpedaya dengan fitnah kerana ini senjata orang yang nak ada kuasa sebenarnya.
“Matlamat mereka mahu pengaruh kuasa, jadi mereka akan guna apa cara sekalipun untuk mendapatkan kuasa.
“Tapi bagi saya, kalau kita ini orang Islam dan beriman, bukan saja kuasa tapi cara kita itu sendiri. Cara kita itu mesti cara yang betul, bukan cara menyakiti orang ataupun memfitnah orang, sebab fitnah itu dosa besar,” katanya.
Najib berkata demikian menerusi sebuah rakaman yang dimuat naik oleh penceramah bebas, Ahmad Husam Datuk Baderudin di laman sosial Facebook.
Dalam video berkenaan juga Najib melahirkan rasa sedihnya terhadap sesetangah rakyat yang dengan mudah termakan tipu daya pihak-pihak berkenaan sehingga mengorbankan kerajaan pimpinannya yang telah banyak berjasa kepada negara.
Katanya, beliau tidak menyangka ketidak seriusannya terhadap fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak terbabit telah menyebabkan rakyat terpengaruh, sekaligus memusnahkan hasratnya untuk memacu negara dengan transformasi yang dibawa.
“Masa itu saya sibuk dengan soal pentadbiran negara. Kita buat terlalu banyak kebaikan, saya tak terfikir orang boleh percaya perkara yang karut marut ini. Jadi, itu mungkin silap saya. Rupanya orang mudah termakan fitnah.
“Sepatutnya saya kena habiskan lebih banyak masa menerangkan fitnah-fitnah yang dilemparkan pada masa itu. Saya akui ada kesilapan di situ,” ujarnya.
Ahmad Husam memuat naik rakaman tersebut bagi membuktikan kepada pengikut di laman sosialnya bahawa beliau telah meminta maaf kepada Ahli Parlimen Pekan ekoran terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan semenjak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei tahun lepas.
Ahmad Husam yang kesal dengan perbuatannya itu telah memohon maaf kepada Najib, malah, turut menyampaikan permohonan maaf pengikut-pengikutnya yang turut terpedaya dengan fitnah yang dimomok kepada bekas perdana menteri dan kerajaan terdahulu.
Dalam pada itu, menerusi rakaman berkenaan Najib menyatakan beliau telah memaafkan pihak-pihak yang telah menyesali keterlanjuran perbuatan ke atas dirinya akibat ftnah.
“Mudah-mudahan hati kita dah bersih, dah suci lebih mudah kita nak menghadapi Allah dan seterusnya menyambung perjuangan kita,” ujar Najib.
Pada akhir, rakaman itu Ahmad Husam bersalam, mencium serta memeluk Najib dengan penuh rasa kesal terhadap peristiwa silam yang pernah dilaluinya akibat mempercayai fitnah terhadap Najib. – MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Ustaz kesal percaya fitnah ke atas Najib beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Ustaz kesal percaya fitnah ke atas Najib beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ustaz kesal percaya fitnah ke atas Najib beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/02/ustaz-kesal-percaya-fitnah-ke-atas.html