Judul : [VIDEO THE REAL NAJIB RAZAK] Tumpu fakta, bukan serang peribadi, Najib beritahu pemimpin PH beritamalay3.blogspot.com
link : [VIDEO THE REAL NAJIB RAZAK] Tumpu fakta, bukan serang peribadi, Najib beritahu pemimpin PH beritamalay3.blogspot.com
[VIDEO THE REAL NAJIB RAZAK] Tumpu fakta, bukan serang peribadi, Najib beritahu pemimpin PH beritamalay3.blogspot.com
Sewaktu beliau tiba, Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan watak bersahaja, berseorangan dengan berbaju serta berseluar “slack” putih, imej yang tidak mungkin dibayangkan beberapa tahun lepas sewaktu beliau berpakaian formal dengan diiringi pengawal peribadi dan pembantu.
Sekarang, mudah bagi sesiapa sahaja mendekati bekas perdana menteri itu untuk berswafoto atau bersalam seperti terbukti dalam kunjungan terbaru beliau ke sebuah pasar raya besar di Semenyih, di mana orang ramai berpusu-pusu melihat kelibatnya.
Ahli Parlimen Pekan itu, yang kini mungkin merupakan anggota pembangkang paling lantang, berubah menjadi satu fenomena media sosial dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan menyindir, mengejek dan berjenaka terhadap pemimpin kerajaan dalam kiriman Facebook dan media sosialnya.
Ini menimbulkan tanda tanya tentang di manakah Najib versi ini bersembunyi sebelum ini.
“Najib Razak sebenar agak bersahaja, membumi dan mudah berjenaka,” Najib beritahu FMT, dengan berkata, “persona formalnya” lebih tertonjol sewaktu menjadi perdana menteri.
“Kini saya mempunyai lebih banyak masa dan boleh membina sisi informal diri saya itu. Saya nampak rakyat Malaysia menyukainya.”
Najib menceritakan bagaimana sewaktu menjadi perdana menteri, peraturan keselamatan menghendaki beliau dikawal dengan baik dan orang ramai tidak boleh menyentuhnya apabila bergambar.
Namun, walaupun kiriman Facebook beliau bertujuan membuat orang ketawa, jelas baginya bahawa beliau menyindir pemimpin PH bukan hanya untuk bersuka-suka
“Saya percaya saya perlu mengemukakan fakta dan angka semata-mata kerana sebelum ini, sewaktu menjadi perdana menteri, saya menjadi mangsa fitnah, penipuan dan pembunuhan karakter.”
Katanya, beliau tidak mahu melakukan perkara serupa yang dilaluinya terhadap orang lain. Justeru, sebagai anggota pembangkang yang bertanggungjawab, beliau menumpukan fakta.
“Dari satu segi, kita mendidik orang ramai, dengan membiarkan mereka membuat keputusan sendiri, siapakah yang benar atau salah, apakah yang benar dan manakah yang palsu,” katanya.
Sebagai contoh, beliau merujuk gesaannya supaya Putrajaya mendedahkan perjanjian penyelesaian IPIC-1MDB dan membuktikan dakwaan pembinaan ECRL hanya melibatkan kos RM30 bilion.
Najib juga menolak dakwaan kirimannya hanya dikongsi “cyber troopers” dengan berkata, beliau dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai “cyber troopers”.
Pasca pilihan raya umum ke-14, BN berpendapat ia perlu berhubung dengan rakyat dalam cara lebih organik kerana ia akan membolehkan parti itu menilai sama ada rakyat benar-benar menyokong mereka, katanya.
Tentang pertanyaan sama ada beliau menyesal kerana tidak berhubung dengan rakyat seperti yang dilakukannya sekarang, Najib mengiyakannya.
Sewaktu menjadi perdana menteri katanya, beliau memberi sepenuh tumpuan kepada tugas mentadbir kerajaan, mengurus ekonomi dan melaksanakan rancangan transformasi.
“Kami berjaya melakukannya. Kami membawa transformasi sebenar dan mengubah negara ini, tetapi mungkin saya kurang memberi masa menjawab semua dakwaan yang dilemparkan terhadap saya. Saya serahkannya kepada orang lain, tetapi hari ini saya fikir orang ramai mahu saya berada di baris depan.”
Najib berkata, beliau tidak tahu sama ada keputusan pilihan raya umum lepas akan berbeza sekiranya beliau mengambil pendekatan berlainan.
Walaupun pengguna media sosial mahu beliau menjadi perdana menteri semula, Najib berkata, beliau tidak merancang begitu, sebaliknya mahu menjadi anggota pembangkang yang konstruktif, selain menjawab tuduhan hodoh yang ditujukan kepada dirinya.
“Saya mangsa tipu daya politik. Politik jenis itu tidak sihat. Jadi mari kita beri perhatian kepada usaha memberikan asas kepada rakyat untuk membuat keputusan dengan cara yang rasional dan tenang tentang apakah yang baik untuk negara ini.”
Berkait pandangan sesetengah pihak bahawa beliau kini kurang menyerang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib berkata, sewaktu beliau memimpin kerajaan dan Dr Mahathir berada di pihak pembangkang, politik menghendaki mereka saling memberi respons terhadap satu sama lain.
“Saya tidak pernah mahukan interaksi dengan Dr Mahathir menjadi sesuatu yang bersifat peribadi,” katanya, dengan menambah beliau mahu mengehadkannya kepada “pertarungan” mengenai dasar semata-mata.
“Perhubungan antara kami telah berjalan lama dan saya berterima kasih kepadanya kerana melantik saya sebagai timbalan perdana menteri dan menyokong saya sewaktu menjadi perdana menteri.”
Najib berkata, beliau mahu perbezaan pandangan antara mereka hanya melibatkan dasar. Justeru beliau tidak menyerang Dr Mahathir secara peribadi.
“Saya memang kritikal terhadap sesetengah dasar beliau. Saya fikir itu adil,” katanya.
“Saya harap lebih ramai pemimpin BN tampil ke depan dan memainkan peranan mereka sebagai anggota pembangkang yang konstruktif.” - FMT
Demikianlah Artikel [VIDEO THE REAL NAJIB RAZAK] Tumpu fakta, bukan serang peribadi, Najib beritahu pemimpin PH beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel [VIDEO THE REAL NAJIB RAZAK] Tumpu fakta, bukan serang peribadi, Najib beritahu pemimpin PH beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [VIDEO THE REAL NAJIB RAZAK] Tumpu fakta, bukan serang peribadi, Najib beritahu pemimpin PH beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/02/video-real-najib-razak-tumpu-fakta.html