Judul : 17 KERTAS SIASATAN KE ATAS LOKMAN ADAM... Hak Kebebasan Bersuara Sudah Menjadi ARWAH Di Bawah Rejim PH... beritamalay3.blogspot.com
link : 17 KERTAS SIASATAN KE ATAS LOKMAN ADAM... Hak Kebebasan Bersuara Sudah Menjadi ARWAH Di Bawah Rejim PH... beritamalay3.blogspot.com
17 KERTAS SIASATAN KE ATAS LOKMAN ADAM... Hak Kebebasan Bersuara Sudah Menjadi ARWAH Di Bawah Rejim PH... beritamalay3.blogspot.com
Polis mahu Lokman dikenakan sekatan buat kenyataan provokasi - MalaysiaKini
[30 Oktober 2019]
Polis akan mencadangkan agar Jabatan Peguam Negara mengenakan bon (sekatan) mahkamah terhadap Lokman Adam bagi menghalang pemimpin Umno itu dari mengeluarkan kenyataan di media sosial yang boleh merosakkan keharmonian di negara.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, berikutan kenyataan Lokman pada 27 Oktober yang berbunyi "Bersiap sedia untuk peperangan paling dahsyat".
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menuduh Dr Mahathir Mohamad cuba menggunakan kuasa sebagai perdana menteri untuk menghalang presiden PKR, Anwar Ibrahim menggantikannya untuk jawatan itu.
Susulan itu, polis sudah mengesahkan bahawa akaun Facebook yang menyiarkan kenyataan tersebut adalah milik Lokman.
"Hasil semakan pihak polis, kita dapati Lokman telah kita siasat (melibatkan) sebanyak tujuh kertas siasatan terhadapnya di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), dan di kontinjen-kontinjen lain, ada sepuluh kertas siasatan lain.
"Kesemuanya 17 kertas siasatan. Dia ada banyak kenyataan yang mendatangkan provokasi dan membangkitkan ketidaktenteraman pada orang awam dan negara," kata Huzir kepada media di Bukit Aman hari ini.
Bulan ini, Lokman didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menghasut atau berkemungkinan menghasut orang awam melakukan kesalahan terhadap komuniti lain, di mana beliau mengaku tidak bersalah.
"Pertama kita kenakan syarat-syarat tambahan kepada jaminan dia yang mana kes dalam perbicaraan.
"Dia pernah kena tuduh sebelum ini. Sekiranya mahkamah setuju, dia hendaklah lapor diri di balai setiap bulan, bagi memastikan sekiranya dia lakukan lagi kesalahan-kesalahan yang dia sering lakukan.
"Kedua, untuk jaminan menjaga keamanan. Majistret sekiranya berpendapat orang itu kemungkinan lakukan pecah amanah, dia boleh dikenakan bon. Dia kena jaga diri dia supaya tak memecahkan keamanan selama tempoh yang dikenakan," katanya.
Lokman dikenali sebagai pembela tegar bekas perdana menteri Najib Razak dalam protesnya terhadap kerajaan Pakatan Harapan, dan secara aktif mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial.
Pada Mac lalu, Lokman dan empat orang lagi terlibat dalam kekecohan dengan pelajar Universiti Malaya dan wartawan.
Pada Jun lalu pula, Lokman ditangkap oleh polis kerana menghalang penguatkuasa daripada menjalankan tugas mereka dan menggunakan bahasa kasar terhadap polis apabila rumahnya digeledah di Kajang Hillpark.Lokman sebelum ini juga mengeluarkan kenyataan tentang video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.
Dalam perkembangan berasingan, Huzir berkata pihak polis sedang menyiasat pengguna Facebook yang dikenali sebagai Maran Muniandy kerana memuat naik catatan provokasi berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
"Kita telah mengenal pasti dia dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Huzir.
Rujuk MalaysiaKini
17 KERTAS SIASATAN KE ATAS LOKMAN ADAM : SEMAKIN HARI KEBEBASAN BERSUARA RAKYAT SEMAKIN DISEKAT DIBAWAH PAKATAN HARAPAN
Terkini, Pakatan Harapan mahu tutup mulut saya dari bersuara dengan mengenakan bon keatas diri saya bagi menghalang saya dari menyuarakan hak rakyat dan menegur kepincangan Pakatan Harapan.
Secara tiba-tiba ada 17 kertas siasatan dibuka ke atas saya pula ( Rujuk artikel di atas ). Apa yang mereka takut sangat dengan kenyataan saya? Masih hendak nafikan hakikat bahawa Mahathir dan Anwar akan perang (menentang satu sama lain) tidak lama lagi? Ianya bukan rahsia lagi bahawa Mahathir memang tidak akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar!
Saya mahu tegaskan kepada Tun Mahathir, sejak beliau menjadi Perdana Menteri semula, hak bersuara rakyat telah kembali musnah. Bila saya buat laporan Polis keatas Peguam Negara berhubung isu Adib, saya telah dilokap. Bila saya report polis berhubung Video Azmin Semburit, sekali lagi saya dilokap. Bila saya hentikan provokasi Mahasiswa DAP yang biadap di hadapan University Malaya, saya pula didakwa sedangkan Mahasiswa tersebut bebas sehingga beliau melakukan provokasi sekali lagi dihadapan Sultan Nazrin ketika Majlis Konvokesyen pula. Bila saya buat report polis keatas penyebar screen shot gambar Arwah Syed Daniel memegang pemukul solfball dari kamera isteri Yew Wei Liang, pihak yang membocorkan bukti tersebut tidak disiasat, malah saya pula didakwa.
Kerajaan Pakatan Harapan hari ini semakin terdesak menutup mulut saya apabila mereka mula menutup akaun Facebook saya, Instagram dan youtube saya. Apabila saya membuat laporan polis berhubung pengakuan Datuk Amhari mengambil rasuah USD 200,000 dari Jho Low, terima gaji RM25,000 sebulan dari syarikat swasta dan terima RM3.7 juta dalam akaunnya di BSI Swiss, saya pula hendak didakwa menghina mahkamah. Ini belum lagi saya senaraikan, nama-nama pimpinan Pakatan Harapan yang telah digugurkan pendakwaan mereka oleh Jabatan Peguam Negara.
Itupun masih ada pimpinan UMNO yang mahu menjayakan agenda Hishammuddin Hussein mengheret MP BN memberikan nyawa kepada diktator tua ini. Kita telah berjaya mengharungi segala rintangan sepanjang tempoh 17 bulan menentang rejim Mahathir-DAP ini. Rakyat kini berdiri teguh dibelakang BN dan PAS. Tidak ada sebab kita perlu tunduk dengan regim zalim ini. Jentera BN seluruh negara perlu memastikan PPBM kalah di Tanjung Piai. Kemenangan BN di Tanjung Piai akan memberikan isyarat jelas bahawa kepimpinan Mahathir ditolak oleh Rakyat dan Mahathir wajib menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru dengan membubarkan Parlimen.
Dato’ Lokman Noor bin Adam
Ahki MT UMNO
30hb Oktober 2019
Demikianlah Artikel 17 KERTAS SIASATAN KE ATAS LOKMAN ADAM... Hak Kebebasan Bersuara Sudah Menjadi ARWAH Di Bawah Rejim PH... beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel 17 KERTAS SIASATAN KE ATAS LOKMAN ADAM... Hak Kebebasan Bersuara Sudah Menjadi ARWAH Di Bawah Rejim PH... beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 17 KERTAS SIASATAN KE ATAS LOKMAN ADAM... Hak Kebebasan Bersuara Sudah Menjadi ARWAH Di Bawah Rejim PH... beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/10/17-kertas-siasatan-ke-atas-lokman-adam.html