1MDB: Jangan buat ‘kelakar’ dengan saya – Shafee beritamalay3.blogspot.com

1MDB: Jangan buat ‘kelakar’ dengan saya – Shafee beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 1MDB: Jangan buat ‘kelakar’ dengan saya – Shafee beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB: Jangan buat ‘kelakar’ dengan saya – Shafee beritamalay3.blogspot.com
link : 1MDB: Jangan buat ‘kelakar’ dengan saya – Shafee beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


1MDB: Jangan buat ‘kelakar’ dengan saya – Shafee beritamalay3.blogspot.com


[10 Oktober 2019]

Dalam nada sinis saksi kesembilan, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menyatakan yang dirinya telah menjawab soalan yang sama sebanyak empat kali ketika perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Bagaimanapun, peguambela kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang kelihatan begitu fokus dan agresif ketika pemeriksaan balas dengan saksi memberi ‘amaran’ pula kepada Shahrol.
Beliau mengingatkan Shahrol supaya tidak buat ‘kelakar’ dengan memberikan kenyataan sedemikian.
Muhammad Shafee: Jangan cuba buat kelakar di sini. Atau saya juga buat kelakar pula kepada kamu.
Shahrol: Tidak.
Muhammad Shafee ketika itu bertanyakan tentang kehadiran Shahrol ketika mesyuarat  Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) di Bangunan Parlimen pada 30 Jun 2009 juga dihadiri oleh wakil Yang di-Pertuan Agong, Wan Ismail Wan Nik, wakil Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Terengganu serta dirinya.
Dalam mesyuarat itu juga, wakil Yang di-Pertuan Agong juga mempersoalkan peranan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam urusan TIA.
Saksi kelapan sebelum ini, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin pernah mendakwa pegawai Istana itu khuatir sekiranya nama Sultan Terengganu disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Muhammad Shafee juga mencadangkan Shahrol sekadar soprammobile atau hanya sekadar ‘hiasan meja’ dalam 1MDB kerana hampir semua peranan hanya dimainkan oleh Jho Low.
Cadangan itu keluarkan oleh Muhammad Shafee selepas Shahrol memberitahu ketika pemeriksaan balasnya yang beliau hanya sentiasa mempercayai kata-kata yang dikeluarkan oleh Jho Low tanpa melakukan sebarang semakan.
Shahrol juga memberi gambaran Jho Low consigliere atau penasihat kepada Najib yang mana berperanan memastikan segala-galanya berjalan lancar untuk bekas perdana menteri itu.
Sebenarnya perkataan consigliere  itu dipercayai merujuk kepada penasihat atau orang kepercayaan bagi ‘penyangak’ Itali.
Perbicaraan bersambung selepas berehat 15 minit, Hakim, Collin Lawrence Sequerah sempat menegur Muhammad Shafee supaya mengingatkan Najib agar tidak lewat kerana bukan satu kebiasaan kepada mahkamah untuk menunggu tertuduh sampai untuk memulakan perbicaraan.


Demikianlah Artikel 1MDB: Jangan buat ‘kelakar’ dengan saya – Shafee beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel 1MDB: Jangan buat ‘kelakar’ dengan saya – Shafee beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB: Jangan buat ‘kelakar’ dengan saya – Shafee beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/10/1mdb-jangan-buat-kelakar-dengan-saya.html

Subscribe to receive free email updates: