1MDB: Saksi buat pusingan ‘U’ kata TIA bukan ‘baby’ Najib... beritamalay3.blogspot.com

1MDB: Saksi buat pusingan ‘U’ kata TIA bukan ‘baby’ Najib... beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 1MDB: Saksi buat pusingan ‘U’ kata TIA bukan ‘baby’ Najib... beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 1MDB: Saksi buat pusingan ‘U’ kata TIA bukan ‘baby’ Najib... beritamalay3.blogspot.com
link : 1MDB: Saksi buat pusingan ‘U’ kata TIA bukan ‘baby’ Najib... beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


1MDB: Saksi buat pusingan ‘U’ kata TIA bukan ‘baby’ Najib... beritamalay3.blogspot.com


[17 September 2019]

Perbicaraan kes berprofil tinggi, 1Malaysia Development (1MDB) yang masuk hari ke-8 menyaksikan saksi, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan balas melibatkan pertuduhan penyelewengan dana RM2.3 bilion oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali mengasak Amhari yang merupakan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri itu tentang penyataan saksi dua minggu lalu.
Antaranya, tentang dakwaan penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang sebelum itu dikatakan idea serta ‘baby’ Najib oleh Amhari sebelum itu.
TIA kemudian ditukar nama kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2009.
Namun pada hari ini, Shafee Abdullah membuktikan ia bukanlah idea atau ‘baby’ Najib, sebaliknya merupakan ilham Yang di-Pertuan Agong ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu.
Pada awalnya, Amhari tidak bersetuju namun setelah ditunjukkan lampiran rumusan minit mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi, bekas pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) itu terdiam dan mengakui kesilapannya.
Amhari mengatakan ‘baby’ yang disebut dalam penyataan saksi itu merupakan rumusan mengikut pandangannya.
Shafee: Apa maksud ‘baby’ dalam kenyataan anda? Adakah anda maksudkan TIA ditubuhkan fikiran Najib?
Amhari: Sesuatu yang dilahirkan (dan) diinspirasikan oleh seseorang. Begitu dekat dengan seseorang, Tidak semestinya idea sahaja, sebaliknya sesuatu yang dekat dengannya.
Shafee: Jadi apa maksud ‘baby’ ?
Amhari: Sesuatu yang cuba dibawakan oleh seseorang yang hendak menjadi PM. Membawa dasar atau dekat dengannya. Itu maksud saya.
Shafee: Jadi itu mungkin bukan idea Najib?
Amhari: Mungkin
Shafee: Jika begitu, jadi bagaimana ianya menjadi ‘baby’ beliau?
Amhari: Sebagai bakal PM, mungkin beliau mahu bawa produk itu sekali dengannya.
Shafee: Kamu sedar TIA merupakan ilham Yang di-Petuan Agong ketika itu dan Sultan Terengganu? Adakah kamu sedar tentang itu?
Amhari: Saya tidak sedar Yang Arif
Shafee: Jika begitu, saya hendak rujuk kembali beberapa penyataan kamu sebelum ini. Saya bagi kamu tengok minit mesyuarat jemaah Menteri. Sila rujuk ya, muka surat nombor 1. Minit mesyuarat Jemaah Menteri.
Perdana Menteri merangkap Tun Abdullah Badawi merangkap Menteri Kewangan, Menteri Kewangan II, Tan Sri Mohd Nor Yaakob, sila rujuk muka 5, isi kandungan ini bukan ‘complete’ tetapi boleh dilihat. Ada perutusan khas oleh Tun Abdullah, cadangan penubuhan TIA, Yang di-Pertuan Agong memberikan cadangan dana permulaan RM10 bilion.
Terengganu telah menerima RM1.5 atau RM1.3 bilion tiap tahun?
Amhari: Saya tahu tentang Terengganu menerima dana sebanyak RM1.5 bilion itu.
Shafee: Maknannya kamu tahu. Ada bukti kukuh bahawa TIA/1MDB bukan ilham ada dalam muka surat 7, Jemaah Menteri mengambil mengatakan cadangan penunubuhan telah diilhamkan oleh Agong dengan satu hari negeri itu mungkin akan kehabisan minyak. Lihat juga muka 8, jaminan RM5 bilion akan diberikan oleh kerajaan persekutuan.
Ada banyak lagi perincian tentang perbincangan TIA. Ini juga akan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong namun kerana ada peraturan tertentu baginda hanya boleh menjadi menjadi penaung. Dari perenggan itu lagi anda sudah tahu bukan Najib yang membuat keputusan untuk melantik Pengerusi TIA. Ini penting, surat rumusan Kabinet.
Kerajaan Terengganu juga telah menghebahkan penubuhan TIA dan telah dilaporkan dalam semua media juga ada dalam rumusan, jadi kamu tahu siapa ilhamkan TIA? Apakah kamu tidak tahu?
Amhari: Saya tidak tahu, saya hanya tahu hari ini.
Shafee: Kamu sedar dari awal kamu sudah tahu TIA bukan ‘baby’ Najib tetapi idea Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Terangganu? Terpulang jika mahu nafikan.
Amhari: Tidak setuju
Shafee: Jangan cuba dolak dalih. Anda tahu ini ilham Sultan Terengganu, anda tahu Jho Low berminat dari awal lagi
Amhari: Saya tahu Jhow Low memang berminat ada dari awal lagi, tapi yang Sultan Terengganu itu saya tidak pasti.
Shafee: Dalam kenyataan saksi anda, kamu katakan sebaliknya.
Amhari: Saya hanya buat rumusan mengikut pandangan saya sebenarnya.
Shafee: Nampaknya anda salah, lagi-lagi dengan dokumen saya berikan sebagai bukti.
Amhari: Nampaknya begitulah,
Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.
Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.
Prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah sedang berlangsung.



Demikianlah Artikel 1MDB: Saksi buat pusingan ‘U’ kata TIA bukan ‘baby’ Najib... beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel 1MDB: Saksi buat pusingan ‘U’ kata TIA bukan ‘baby’ Najib... beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 1MDB: Saksi buat pusingan ‘U’ kata TIA bukan ‘baby’ Najib... beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/10/1mdb-saksi-buat-pusingan-u-kata-tia.html

Subscribe to receive free email updates: