‘Jho Low buat 1MDB macam syarikat ‘datuk’ dia’... beritamalay3.blogspot.com

‘Jho Low buat 1MDB macam syarikat ‘datuk’ dia’... beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Jho Low buat 1MDB macam syarikat ‘datuk’ dia’... beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Jho Low buat 1MDB macam syarikat ‘datuk’ dia’... beritamalay3.blogspot.com
link : ‘Jho Low buat 1MDB macam syarikat ‘datuk’ dia’... beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


‘Jho Low buat 1MDB macam syarikat ‘datuk’ dia’... beritamalay3.blogspot.com


[14 Oktober 2019]

Perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masuk hari ke-21 hari ini menyebabkan saksi kesembilan, Datuk Shahrol Azral Ibrahin Halmi terdiam seketika apabila disoal bertubi-tubi peguambela.
Perbicaraan yang bermula lewat hari ini menyaksikan bagaimana Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertanya beberapa kali bagaimana Shahrol yang merupakan bekas Ketua Eksekutif 1MDB tidak pernah menyemak arahan atau dakwaan dikeluarkan oleh Low Taek Jho atau Jho Low.
Muhammad Shafee menyoal mengapa Shahrol tidak berbuat begitu walaupun mempunyai akses untuk berhubung dengan bekas Perdana Menteri merangkap pemegang saham khas 1MDB, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, dakwa Shahrol walaupun dirinya mempunyai akses secara terus namun agak kurang berhubung dengan Najib terutamanya melalui mesej telefon kecuali menghubungi beliau beberapa kali ketika menyampaikan ucapan hari jadi atau hari raya sahaja.
Shahrol juga mendakwa, selalunya arahan oleh Jho Low dituruti tanpa ragu-ragu kerana pada sangkaannya ahli perniagaan itu yang kini dalam buruan sentiasa berhubung secara rapat dengan Najib.
Muhammad Shafee mendakwa Jho Low mengendalikan 1MDB sesuka hatinya sambil memberi gambaran ianya diperlakukan seperti syarikat ‘datukya’ namun dakwaan itu tidak diterima oleh Shahrol.
Selain itu, Muhammad Shafee juga bertanya adakah saksi begitu ‘bodoh’ sehingga boleh mendengar apa-apa yang dikatakan oleh Jho Low tanpa menyemak dengan Najib namun Shahrol tidak bersetuju.
Muhammad Shafee: Sebagai CEO 1MDB, tidakkah kamu sedar adalah tanggungjawab kamu untuk berhubung dengan Perdana Menteri untuk semakan?
Shahrol: Pada pandangan saya, apabila arahan itu daripada Jho Low bermakna ianya juga datang dari Perdana Menteri sendiri.
Muhammad Shafee: Jho Low layan 1MDB macam syarikat ‘datuk dia’, dokumen semuanya sulit, apa sahaja Jho Low cakap kamu ikut.
Shahrol: Tidak setuju. Jho Low sampaikan arahan daripada pemegang saham.
Muhammad Shafee: Kamu ikut sahaja? Adakah kamu ‘bodoh’ untuk mengikut semua yang dikatakan oleh Jho Low ini?
Shahrol: Kami ikut sahaja apa kata pemegang saham.
Muhammad Shafee: Tanpa kamu bertemu dengan pemegang saham?
Shahrol: Ya, betul.
Pemegang saham yang sedang dirujuk oleh Shahrol dalam perkara ini adalah Najib kerana sebagai Menteri Kewangan ketika itu, beliau merupakan pemegang saham khas 1MDB.
Dalam pada itu, Shahrol mendakwa Jho Low pernah memberi cadangan supaya 1MDB mengelak daripada memberikan maklumat sulit syarikat kepada Jabatan Audit Negara bagi tujuan due diligence (penelitian terperinci syarikat).
Dakwa Shahrol, Jho Low berpendapat ia adalah sangat merbahaya kepada Najib daripada segi politik untuk membiarkan Jabatan Audit membuat penelitian terbabit.
Berikutan itu, Jho Low memberikan isi kandungan surat kepada Shahrol untuk dikemukakan kepada Najib.
Surat berkenaan membangkitkan isu supaya pemberian maklumat sulit berkenaan kepada Jabatan Audit Negara hendaklah dielakkan malah kandungan surat itu juga dakwa Shahrol datangnya daripada Jho Low sendiri.
Perbicaraan akan bersambung esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.


Demikianlah Artikel ‘Jho Low buat 1MDB macam syarikat ‘datuk’ dia’... beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel ‘Jho Low buat 1MDB macam syarikat ‘datuk’ dia’... beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Jho Low buat 1MDB macam syarikat ‘datuk’ dia’... beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/10/jho-low-buat-1mdb-macam-syarikat-datuk.html

Subscribe to receive free email updates: