Kes SRC: Hakim tetapkan 11 November sama ada Najib bebas atau bela diri... beritamalay3.blogspot.com

Kes SRC: Hakim tetapkan 11 November sama ada Najib bebas atau bela diri... beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kes SRC: Hakim tetapkan 11 November sama ada Najib bebas atau bela diri... beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes SRC: Hakim tetapkan 11 November sama ada Najib bebas atau bela diri... beritamalay3.blogspot.com
link : Kes SRC: Hakim tetapkan 11 November sama ada Najib bebas atau bela diri... beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Kes SRC: Hakim tetapkan 11 November sama ada Najib bebas atau bela diri... beritamalay3.blogspot.com


[23 Oktober 2019]

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan 11 November ini sebagai tarikh penentu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada dibebaskan atau dipanggil untuk membela diri.
Mohd. Nazlan berkata demikian sejurus selepas pasukan pendakwaan dan pembelaan selesai hujah akhir mereka hari ini.
Najib yang juga bekas Menteri Kewaangan didakwa melakukan kesalahan atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan penggubahan wang haram serta satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan dikatakan telah menggunakan kuasa dan jawatan beliau untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International antara 2011 dan 2012.
Daripada jumlah itu, Najib dituduh telah mendapat ‘ganjaran’ sebanyak RM42 juta yang di percayai telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Ambank beliau antara tahun tahun 2014 dan tahun 2015.
Jika sabit kesalahan, Najib berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Najib yang diwakili oleh sekumpulan peguam diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh dan Farhan Read manakala pasukan pendakwaan pula diketuai oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram.
Perbicaraan SRC International yang bermula 3 April lepas telah mengambil masa selama 58 hari dengan memanggil 57 saksi dan saksi terakhir, Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain.
Selain itu terdapat 66 individu dalam senarai saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan sekiranya tertuduh dipanggil membela diri.
Untuk makluman, sepanjang perbicaraan lebih 700 bahan bukti dikemukakan kepada mahkamah antaranya minit mesyuarat dan dokumen perbankan.
Antara saksi penting yang memberikan keterangan termasuk bekas Pegawai Perhubungan Ambank, Joanna Yu yang mendedahkan tentang unsur ‘manipulasi’ oleh ahli perniagaan dalam buruan, Jho Taek Low atau Jho Low melalui perbualan Blackberry Messenger (BBM) miliknya yang di rampas ketika serbuan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2015.
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail dan bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Datuk Suboh Md. Yassin turut memberi keterangan.
Sebelum ini, Najib yang juga bekas Presiden UMNO mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.


Demikianlah Artikel Kes SRC: Hakim tetapkan 11 November sama ada Najib bebas atau bela diri... beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Kes SRC: Hakim tetapkan 11 November sama ada Najib bebas atau bela diri... beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes SRC: Hakim tetapkan 11 November sama ada Najib bebas atau bela diri... beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/10/kes-src-hakim-tetapkan-11-november-sama.html

Subscribe to receive free email updates: