Diperintah bela diri tidak bermakna Najib bersalah, kata KJ beritamalay3.blogspot.com

Diperintah bela diri tidak bermakna Najib bersalah, kata KJ beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Diperintah bela diri tidak bermakna Najib bersalah, kata KJ beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Diperintah bela diri tidak bermakna Najib bersalah, kata KJ beritamalay3.blogspot.com
link : Diperintah bela diri tidak bermakna Najib bersalah, kata KJ beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Diperintah bela diri tidak bermakna Najib bersalah, kata KJ beritamalay3.blogspot.com



[11 November 2019]

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membela bekas majikannya, Datuk Seri Najib Razak berhubung perintah bela diri membabitkan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah masih memihak kepada Najib dan beliau hanya boleh dihukum selepas perbicaraan kepada semua pertuduhan itu selesai.
“Walaupun dia diperintah untuk membela diri tidak bermaksud beliau didapati bersalah sehingga kes ini selesai,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Khairy berkata demikan ketika ditanya sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjarakkan diri mereka dengan Najib selepas keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Najib dan Khairy sebelum ini tidak sehaluan selepas BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Mei tahun lalu.
Situasi itu lebih keruh apabila Khairy secara terang-terangan tidak setuju dengan pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN pada Julai lalu.
Khairy berkata, “Tiba-tiba, saya tidak gembira di mana saya berada sekarang.”
Beliau berkata demikian dua hari selepas menolak pelawaan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai parti itu sebelum ini.
Najib hari ini diarahkan untuk membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudkan kes prima facie bagi kesemua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Beliau diperintah membela diri bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu.
Bekas Perdana Menteri itu memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.


Demikianlah Artikel Diperintah bela diri tidak bermakna Najib bersalah, kata KJ beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Diperintah bela diri tidak bermakna Najib bersalah, kata KJ beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Diperintah bela diri tidak bermakna Najib bersalah, kata KJ beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/12/diperintah-bela-diri-tidak-bermakna.html

Subscribe to receive free email updates: