SRC International bukan syarikat Perdana Menteri – Najib beritamalay3.blogspot.com

SRC International bukan syarikat Perdana Menteri – Najib beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SRC International bukan syarikat Perdana Menteri – Najib beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SRC International bukan syarikat Perdana Menteri – Najib beritamalay3.blogspot.com
link : SRC International bukan syarikat Perdana Menteri – Najib beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


SRC International bukan syarikat Perdana Menteri – Najib beritamalay3.blogspot.com


[11 Disember 2019]

Datuk Seri Najib Razak menegaskan SRC International Sdn Bhd bukanlah syarikat Perdana Menteri, seperti yang dicadangkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan perbicaraan kes berkenaan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika dirujuk keterangan saksi pendakwaan ke-41, Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Afidah Azwa Abdul Aziz yang menyifatkan syarikat itu dimiliki Najib.
“Saya tidak bersetuju,” tegasnya kepada Mahkamah Tinggi hari ini.
Tommy kemudian mempertikaikan kenyataan Najib tentang penubuhan SRC International yang dilihat mencurigakan dan mendakwa bekas Perdana menteri itu mempunyai kepentingan peribadi ke atas syarikat tersebut.
Bagaimanapun Najib berkata, SRC International ditubuhkan kerana wujudnya keperluan strategi pembangunan negara dengan peluang pelaburan yang boleh diraih daripadanya.
Sehubungan itu, katanya adalah normal sebuah syarikat seperti SRC International ditubuhkan dalam masa yang singkat.
“SRC ditubuhkan kerana ada keperluan strategi pembangunan negara kita oleh kerana dinyatakan ada peluang pelaburan maka keperluan kewangan SRC perlu diusahakan.
“Aatas sebab itulah perkara ini dilakukan dan saya hendak nyatakan bukan suatu perkara luar biasa keperluan-keperluan mana-mana syarikat baru diusahakan dalam masa yang singkat,” tambahnya.
Najib juga menegaskan, beliau tidak mempunyai kepentingan peribadi sebagai Perdana Menteri dalam memberi jaminan kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) bagi pinjaman yang dibuat SRC.
“Saya tidak bersetuju. Saya yakin bahawa tidak ada kepentingan peribadi saya amat jelas tentangnya,” katanya.
Sementara itu, pertikaian tercetus antara pasukan pembelaan dengan pendakwaan berhubung dokumen mengenai Najib dicalonkan sebagai wakil korporat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International.
Pasukan Pembelaan yang diketuai Tan Sri Shafee Abdullah berkata, pihak pendakwaan tidak sepatutnya mengemukakan soalan berkaitan dokumen yang dikatakan mempunyai tanda tangan tertuduh dan menjadi fokus dalam perbicaraan itu.
Membalas hujah Shafee, Timbalan Pendakwaraya V. Sithamabaram berkata, soalan berkenaan dokumen tersebut perlu dibenarkan sebelum mahkamah membuat keputusan bahawa ia tidak asli berdasarkan keterangan Najib.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan Tommy meneruskan soalan tentang dokumen yang dikatakan mempunyai tandatangan bekas Perdana Menteri itu.


Demikianlah Artikel SRC International bukan syarikat Perdana Menteri – Najib beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel SRC International bukan syarikat Perdana Menteri – Najib beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SRC International bukan syarikat Perdana Menteri – Najib beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2019/12/src-international-bukan-syarikat.html

Subscribe to receive free email updates: