Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan UMNO Dan PAS, Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan PPBM??? beritamalay3.blogspot.com

Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan UMNO Dan PAS, Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan PPBM??? beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan UMNO Dan PAS, Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan PPBM??? beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan UMNO Dan PAS, Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan PPBM??? beritamalay3.blogspot.com
link : Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan UMNO Dan PAS, Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan PPBM??? beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan UMNO Dan PAS, Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan PPBM??? beritamalay3.blogspot.com

PAS mungkin kurang faham kenapa ahli2 UMNO sukar nak terima penyertaan PPBM masuk ke dalam Muafakat Nasional... (kena baca kalau nak faham)


UMNO bukan tolak idea nak menyatukan seluruh umat Islam Melayu membentuk Melayu Raya bak kata Dato Takiyuddin...

UMNO juga bukanlah terlalu ego hingga enggan memaafkan dan tidak mahu melupakan sejarah hitam yg pernah PPBM lakukan ke atas UMNO...

Tidak juga kerana UMNO tamak atau gila kuasa, nak jadi abang besar dan mendominasi kekuatan Muafakat Nasional...

Dan jauh sekali lah kalau nak kata UMNO nak balas dendam ke atas sesapa, sedangkan sehingga hari pemimpin UMNO lah yg masih dan sedang teruk ditekan, ditujal, didera dgn pelbagai pertuduhan yg dicipta oleh bekas rakan2 PPBM dulu, seperti Tun M, Tommy Thomas, Tipah Koya dan sebagainya...

Memandangkan ramai dari kalangan sahabat2 dalam PAS yang skeptikal melihat penolakan ahli2 UMNO ke atas PPBM ini, ok lah, aku bagi 1 kronologi mudah yg pernah juga berlaku dalam PAS sebelum ini...

   

 Tahun 2015, bagaimana cara DAP memporak perandakan dan memecah belahkan parti PAS hingga berlaku pertembungan 2 kelompok yg akhirnya membawa kepada kewujudan parti PAN? Bukan kah ketika itu, PAS menerima penyertaan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat?

DAP dan PKR menggunakan modal kuasa yg berjaya dipegang ketika itu, seperti menguasai kjaan negeri Selangor, Pulau Pinang, dan, menjaja gambaran yg lebih besar, yg sudah semakin hampir nak dicapai, iaitu peluang nak merampas dan menguasai Putrajaya, untuk membolak balikkan pendirian dan prinsip PAS...

Kesannya, mereka berjaya 'membeli' hati sebahagian ahli2 PAS... hinggakan, apabila berlaku krisis 'Langkah Kajang', mereka secara jelas sanggup menolak pendirian yg telah dibuat oleh parti PAS, parti mereka sendiri, dan menerima serta membantu rakan2 coalition mereka dari PKR dan DAP demi nak menjayakan Langkah Kajang...

Itu titik tolak yg pertama, dan titik tolak ini jugalah yg sedang berlaku skang, ke atas UMNO Sabah dlm nk menghadapi Pilihanraya Negeri... penolakan terhadap keputusan yg telah dibuat oleh parti...

Sejak Langkah Kajang, makin jelas kewujudan blok kedua dalam PAS yg membawa aspirasi semangat PENYATUAN dalam PR, semangat SETIAKAWAN dgn rakan2 dalam PR dan semangat ASAL BUKAN UMNO yg sering dilaung-laungkan ketika itu...

Ketika itu, rakan2 dalam PR, khususnya DAP sudah nampak, satu-satunya tembok yg menjadi penghalang kpd DAP dan PR untuk mara semaksima mungkin, yg menghalang DAP dan PR melaksanakan permainan politik jijik untuk capai matlamat, yg menghalang DAP dan PR mengamalkan politik Marchivillian, hanya DS TG Haji Hadi dan barisan kepimpinan ulama di dalam PAS...


Hari ini, yg jadi penghalang kepada kemaraan PPBM hanyalah DS Zahid dan teamnya, DS Najib dan team Bossku nya, dan mereka masih kuat didukung oleh ahli2 UMNO peringkat akar umbi...

Tembok penghalang mesti diruntuhkan... TG Hj. Hadi dan team ulama mesti diketepikan... Bagaimana??? Muncul la blok Mat Sabu, menjaja kononnya mereka mewakili golongan profesional dalam PAS... blok ini dicatur untuk mencabar TG Hj. Hadi dan kepimpinan agamawan dalam PAS... Adakah blok ini muncul begitu sahaja? Secara tiba2? Sahabat2 tentu lebih mengetahu siapa yg menaja mereka dan siapa di belakang mereka...

Pendek cerita, ya, memang blok kedua yg diketuai Mat Sabu gagal menumbangkan kepimpinan TG Hj. Hadi... DAP dan PKR telah gagal meruntuhkan kepimpinan PAS untuk mengambilalih dan mengawal keseluruhan parti PAS melalui proksi mereka, Mat Sabu... walaupun gagal, namun tetap terpalit kesan besar kpd PAS... melihat betapa berpecahnya dalaman PAS ketika itu... ahli2 PAS melihat rakan2 mereka sendiri, yg berjuang dgn mereka selama ini, akhirnya telah memilih utk tinggalkan PAS dan menyertai Mat Sabu... kata mengata, keji mengeji telah berlaku ketika itu, sesama ahli2 PAS sendiri... dan PAS berpecah hingga terwujudlah parti PAN...

Hari ini, di dalam UMNO, mereka sedang berusaha meruntuhkan tembok penghalang, tembok Zahid dan Tembok Najib... PPBM berada di luar UMNO menjaja istilah PENYATUAN, istilah KERAJAAN TANPA DAP dan sebagainya... di dalam UMNO, proksi2 mereka sudah mula digerakkan... muncul Rahman Dahlan... selepas ini akan muncul pula nama2 lain yg menjadi proksi mereka, yg skang ni sedang ligat menyusur akar...

 

Kami bukan benci dan menolak mereka... kami cuma seboleh bolehnya mahu kembali menjadi kjaan secara bersama-sama... tidak ada yg tertinggal dan tidak ada yg ditinggalkan...

Tetapi mereka tidak... mereka mahu kembali menjadi kjaan dgn cara menyingkirkan org itu dan orang ini... mereka nak cantas org yg mereka rasa akan melambatkan atau menafikan peluang mereka utk naik ke atas... mereka gunakan alasan2 yg mengguris hati ahli, alasan kes mahkamah dan seumpamanya, seolah-olah mereka mengikhtiraf tindakan zalim yg dilakukan ketika era kjaan Madey, Tommy Thomas, Tipah Koya dll... Bung Mokhtar menjadi mangsa pertama mereka... orang yg mengembalikan kekuatan UMNO Sabah di saat UMNO Sabah sudah lumpuh, hingga membuahkan hasil kemenangan dlm PRK Kimanis, mereka nak ketepikan dgn alasan kes mahkmah???

Takpe lah kalau PAS dah memilih nak bersama dgn PPBM dalam PN... UMNO masih berpegang pada taat setia, harapnya, utk tidak akan bekerjasama dgn mana2 parti dari PH, seperti yg diputuskan dlm mesyuarat agong UMNO yg lepas...

UMNO dah biasa jadi pembangkang selama 22 bulan... dan UMNO rasanya takde masalah kalau perlu menjadi pembangkang demi nak mengelakkan perpecahan besar berlaku dalam UMNO...

UMNO ada kekuatan sendiri... UMNO ada ahli yg ramai... UMNO ada jentera yg padu... dan... UMNO ada Allah... selama ini Allah pelihara dan jaga UMNO... tak terkubur sekalipun sekian lama cuba nak dikuburkan oleh banyak pihak dgn pelbagai cara... serah kepada Allah, Allah pasti bantu UMNO...

#AriffSMB 


Demikianlah Artikel Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan UMNO Dan PAS, Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan PPBM??? beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan UMNO Dan PAS, Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan PPBM??? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan UMNO Dan PAS, Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan PPBM??? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2020/08/lebih-60-tahun-diperlukan-untuk-satukan.html

Subscribe to receive free email updates: