Judul : Idea-Idea Bernas Dari PENYANGAK 1MDB, Kepada MALAIKAT MUHYIDDIN... beritamalay3.blogspot.com
link : Idea-Idea Bernas Dari PENYANGAK 1MDB, Kepada MALAIKAT MUHYIDDIN... beritamalay3.blogspot.com
Idea-Idea Bernas Dari PENYANGAK 1MDB, Kepada MALAIKAT MUHYIDDIN... beritamalay3.blogspot.com
Tuduhan demi tuduhan... tekanan demi tekanan... penghinaan demi penghinaan... tapi tidak ada satu pun yg mampu meruntuhkan jiwa semangat perjuangan DS Najib...
Ketika mana semua pemain2 politik tanahair ghairah mengingkari seruan YDP Agong agar menghentikan semua tindakan bersifat berpolitiking, samada berpolitik secara terang-terangan, ataupun yg jenis baling batu sembunyi tangan, mahupun yg jenis ketagih menikam dari belakang... tapi, DS Najib???
Tanpa perlu berjawatan kjaan, tak perlu disuruh dan diminta, tapi, demi rakyat, demi negara Malaysia tercinta, DS Najib sentiasa tampil dengan 1001 pandangan dan cadangan2 yg bernas... semua idea yg beliau kongsikan dan berikan kpd kjaan adalah percuma, dan terpulang kpd kjaan pimpinan Muhyiddin samada mahu menerima dan melaksanakan idea DS Najib atau tidak...
Inilah ciri2 seorang Negarawan... DS Najib seorang yang sangat gentleman dan patriotik... jauh benar bezanya jika nak dibandingkan dengan Perdana Menteri yg ada hari ini dan sebelum ini...
*Artikel di bawah adalah pandangan DS Najib yg diambil dari FB beliau, Najib Razak berhubung pelaksanaan pemberian bantuan Bakul Makanan di Sabah serta cadangan bagaimana nak memperbaiki mekanismenya agar lebih efisyen dan berkesan...*
Program bantuan bakul makanan memang menghadapi banyak masalah logistik yang menyebabkan penghantaran yang lambat atau tidak sampai ke sasaran.
Saya percaya setiap golongan yang layak untuk program ini duduk berdekatan dengan sebuah kedai runcit. Jika tidak, bagaimana dari mana mereka membeli barang keperluan setiap bulan?
Saya juga percaya kebanyakkan dari golongan ini juga ada app WhatsApp dalam henfon masing-masing.
Memandangkan ini, kerajaan boleh pertimbangkan untuk melibatkan kedai-kedai runcit tempatan ke dalam rangkaian pengagihan bakul makanan.
Kerajaan boleh menghantar QR Code sekali pakai (one-off use) sebagai kod bayaran untuk bakul makanan kepada penerima melalui WhatsApp.
Setelah discan pekedai, bayaran akan dipindah terus oleh bank dari akaun bank kerajaan ke akaun bank pekedai.
Langsung tidak memerlukan penerima membuka akaun bank atau set-up perkhidmatan online banking.
Penerima cuma perlu tunjukkan WhatsApp bantuan bakul makanan dari kerajaan kepada pekedai sahaja.
Kaedah ini juga boleh memberi sedikit ruang kepada penerima bakul makanan untuk pilih barangan yang lebih sesuai bagi keperluan mereka.
Yang ada bayi, boleh pilih rumusan susu bayi. Yang tiada bayi boleh gantikannya dengan Nestum atau tambahan sebungkus beras.
Pandangan saya ialah risiko penipuan ataupun "fraud" adalah rendah sebab kod ialah kod sekali guna dan jumlah yang terlibat hanya RM100.
Kaedah ini juga memberi peluang kepada kedai-kedai runcit tempatan untuk mencari sedikit keuntungan pada masa yang susah ini disamping menjimatkan kos penghantaran kerajaan.
Beban kerajan untuk menghantar bakul makanan juga boleh diringankan supaya mereka boleh fokus untuk menghantar bakul makanan kepada keluarga-keluarga yang paling terjejas.
Penerima yang lain cuma perlu ke kedai runcit untuk mendapat bakul makanan masing-masing.
Sumber : FB Page Najib Razak
Demikianlah Artikel Idea-Idea Bernas Dari PENYANGAK 1MDB, Kepada MALAIKAT MUHYIDDIN... beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Idea-Idea Bernas Dari PENYANGAK 1MDB, Kepada MALAIKAT MUHYIDDIN... beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Idea-Idea Bernas Dari PENYANGAK 1MDB, Kepada MALAIKAT MUHYIDDIN... beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2020/10/idea-idea-bernas-dari-penyangak-1mdb.html