Judul : Apa Tujuan Sebenar Mahathir Tawarkan Diri Untuk Jadi Perdana Menteri Semula? beritamalay3.blogspot.com
link : Apa Tujuan Sebenar Mahathir Tawarkan Diri Untuk Jadi Perdana Menteri Semula? beritamalay3.blogspot.com
Apa Tujuan Sebenar Mahathir Tawarkan Diri Untuk Jadi Perdana Menteri Semula? beritamalay3.blogspot.com
Keheningan sambutan bulan Ramadhan tahun ini secara tiba-tiba digegarkan dengan pengakuan jujur Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjadi Perdana Menteri semula andai Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.
Kenyataan Mahathir ini pantas disambut dengan pelbagai reaksi. Sudah tentu dikalangan pentaksubnya, mereka akan menyambut baik hasrat Mahathir ini. Namun, majoriti yang sudah mampu menilai tindak tanduk songsang Mahathir ini, hasrat yang dia nyatakan semalam disambut dengan cemuhan dan ketawa sinis.
Tidak pasti samada Mahathir berseloroh ataupun tidak tentang hasratnya ini. Namun, jika direnungkan semula, apa yang dia nyatakan semalam, sememangnya Mahathir mahu mentadbir negara walaupun untuk 6 bulan sahaja. Persoalannya kenapa?
Sebelum ini, terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa Mahathir mempunyai simpanan luar negara yang mencecah angka RM 1.194 trilion dalam bentuk jongkong emas. Malah, menurut beberapa laporan, Mahathir juga mempunyai simpanan wang luar negara yang diletakkan atas nama beberapa orang kroni rapatnya.
Untuk membawa masuk semua ini memerlukan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang hari ini dilihat secara tradisinya disandang oleh Perdana Menteri. Jika dinilai dari laporan berkenaan, kemahuan Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semula memang berasas kerana dia pasti ingin membawa pulang semua harta yang dikumpulnya di luar negara.
Satu lagi sebab utama kenapa Mahathir masih mahu menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri adalah untuk memadamkan segala bentuk siasatan yang dibuat keatas dirinya. Hari ini, Mahathir berhadapan dengan Pasukan Siasatan Khas yang menyiasat skandal penyelewengan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan skandal kewangan terbesar dunia, forex.
Dia sedar, sekiranya siasatan yang dijalankan kini dapat membuktikan penglibatannya dalam dua skandal ini, pasti akan ada lagi skandal yang mungkin akan terdedah. Pastinya masa depan anak-anaknya termasuk anak kesayangannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menjadi lebih kelam.
Paling utama, pasti akan ada siasatan dilakukan untuk menyiasat dari mana Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina mempunyai kekayaan luar biasa. Ada kemungkinan juga, segala harta-harta yang ada pada mereka akan dibekukan dan sekaligus memadamkan segala jasa yang pernah ditaburkan Mahathir keatas negara.
Mungkin Mahathir tidak menginginkan jawatan berkenaan dipegang dalam tempoh yang lama. Setelah semua urusan peribadinya selesai, dia akan melepaskan jawatannya kepada Mukhriz kerana pada ketika itu, dia mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan siapa yang akan menggantikan dirinya. Inilah helah Mahathir yang hari ini telah menyebabkan DAP, PKR dan PAN berantakan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhTZUd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Apa Tujuan Sebenar Mahathir Tawarkan Diri Untuk Jadi Perdana Menteri Semula? beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Apa Tujuan Sebenar Mahathir Tawarkan Diri Untuk Jadi Perdana Menteri Semula? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Tujuan Sebenar Mahathir Tawarkan Diri Untuk Jadi Perdana Menteri Semula? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/apa-tujuan-sebenar-mahathir-tawarkan.html