Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup beritamalay3.blogspot.com

Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup beritamalay3.blogspot.com
link : Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup beritamalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amar Asyraf, 30, mengakui kecacatan yang dialami akibat disimbah air panas pada wajahnya bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung. 

Umpama peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitupun, peminatnya usah perlu risau kerana kecacatan pada bahagian kiri wajah Amar atau nama penuhnya Amar Asyraf Zailudin bukanlah bersifat kekal. Sebaliknya ia hanya kekurangan yang terpaksa ditanggung oleh karakter bernama Indra lakonannya dalam drama Mungkin, iaitu naskhah diangkat daripada novel karya CT Jasmina. 

"Saya melakonkan watak Indra iaitu kembar kepada Intan. Parut pada wajah itu ialah kesan daripada insiden disimbah air panas ketika berada di bangku sekolah. Indra terpaksa menanggung malu, hidup dengan kecacatan itu seumur hayatnya.

"Bukan mudah untuk menjayakan watak ini kerana kesan parut yang diletakkan pada muka membuatkan saya kurang selesa. Biarpun tidak memakan masa yang lama untuk membuat kesan khas itu, namun ia perlu ditambah sekiranya ada bahagian yang terkoyak.

"Malah, saya juga perlu membiasakan diri dengan adanya kesan khas itu pada wajah kerana ia turut mempengaruhi banyak perkara seperti cara percakapan dan makan. "Saya perlu berlatih bagi memastikan saya tidak kekok ketika berlakon dengan adanya parut pada muka itu," katanya.




Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu berkongsi, telefilem itu bakal ditayangkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada penghujung tahun ini.

Dalam perkembangan terkini, Amar bakal menjayakan pementasan Bangsawan setelah enam tahun menyepikan diri daripada dunia teater. 

Beliau yang sebelum ini lebih selesa bergerak di belakang tabir dengan berada di bangku pengarah, namun Amar nyata tertarik dengan tawaran yang diberikan kepadanya. 

"Kekok juga rasanya kembali berlakon di pentas teater kerana sudah lama tidak berbuat demikian. Seperti semua sedia maklum, berlakon di hadapan kamera dan teater adalah dua perkara yang berbeza, namun saya pasti akan mencuba yang terbaik," kata Amar.


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qMDI6f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/disimbah-air-panas-amar-terpaksa_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :