Judul : Elizabeth Tan Takut Jumpa Aaron Aziz beritamalay3.blogspot.com
link : Elizabeth Tan Takut Jumpa Aaron Aziz beritamalay3.blogspot.com
Elizabeth Tan Takut Jumpa Aaron Aziz beritamalay3.blogspot.com
PENYANYI Elizabeth Tan atau lebih dikenali sebagai Lizzy memberitahu dia berasa gementar untuk bertentang mata dengan Aaron Aziz ketika menjalani penggambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel.
Menurut Lizzy, dia berasa rendah diri kerana dia baru sahaja mencebuti bidang lakonan dan dapat pula bergandingan dengan Aaron Aziz yang jauh lebih berpengalaman.
“Dalam banyak perkara yang saya takutkan ketika di set adalah untuk bertemu dengan Aaron Aziz kerana saya seperti tidak layak untuk berlakon dengannya.
“Tetapi saya merasa gembira kerana bukan semua orang dapat bergandingan dengan Aaron. Saya berharap penggambaran ini akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Lizzy, dia sebenarnya terkejut apabila ditawarkan watak utama, Maya Adriana kepadanya kerana dia tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang lakonan.
Walau bagaimanapun, dia menerima tawaran itu kerana mempunyai minat yang mendalam dalam lakonan dah dia merupakan peluang untuknya mencipta nama sebagai pelakon.
“Saya memang suka berlakon dari dulu lagi dan ini merupakan jalan untuk saya mengembangkan bakar ke tahap yang lebih tinggi.
“Harap-harap drama ini akan menjadi fenomena seperti beberapa drama bersiri yang lain dan membuka lebih banyak peluang kepada saya,” katanya.
Jelas Lizzy, dia masih aktif dalam bidang nyanyian cuma buat masa ini mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada lakonan dan dia juga mengakui bakal terlibat dengan sebuah filem pada Oktober depan, namun tidak boleh mendedahkannya buat masa ini. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZQRO0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Elizabeth Tan Takut Jumpa Aaron Aziz beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Elizabeth Tan Takut Jumpa Aaron Aziz beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/elizabeth-tan-takut-jumpa-aaron-aziz.html