Judul : Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata beritamalay3.blogspot.com
link : Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata beritamalay3.blogspot.com
Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata beritamalay3.blogspot.com
PELANGGAN Resort World Manila, Filipina berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjata, awal pagi tadi.
CNN Filipina melaporkan seorang lelaki bersenjata menyerang bilik judi di resorts tersebut sebelum berjaya melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi (waktu tempatan).
Orang ramai dilaporkan bertempiaran lari dari resort yang terletak berhadapan dengan jalan utama menuju ke lapangan terbang antarabangsa Filipina selepas suspek melepaskan tembakan rambang.
Ketua Polis Filipina, Ronald Dela Rosa berkata, lelaki terbabit dipercayai menggunakan rifel MR namun tiada sesiapa yang terkena tembakan tersebut.
Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai bertindak sendirian dengan masuk ke dalam salah satu bilik judi sebelum melepaskan tembakan ke arah skrin televisyen.
Suspek kemudiannya menuang minyak ke atas meja judi sebelum menyalakan api dan membakar bilik stor yang mengandungi cip judi serta membawa lari beg galas cip bernilai 1 juta peso (RM86,195)
Jelasnya, suspek berjaya dikesan kira-kira jam 4.30 pagi (waktu tempatan) iaitu kira-kira empat jam kejadian tersebut dilaporkan.
“Lelaki itu sudah mati. Lelaki itu berjaya dibunuh pasukan kita,” katanya.
Setakat ini, Dela Rosa menolak pembabitkan pengganas dalam serangan itu dan tiada laporan mengenai tebusan diterima.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Resorts World Manila Stephen Reilly berkata, kira-kira 30 orang cedera selepas cuba melarikan diri daripada rempuhan atau asap.
Resorts World Manila adalah cabang Resorts World Genting, Malaysia dan Resorts World Sentosa, Singapura.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qGKrj5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Resorts World Manila Diserang Lelaki Bersenjata beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/resorts-world-manila-diserang-lelaki.html