Judul : KPKT Minta Kerajaan S’gor Tutup Tapak Pelupusan Haram beritamalay3.blogspot.com
link : KPKT Minta Kerajaan S’gor Tutup Tapak Pelupusan Haram beritamalay3.blogspot.com
KPKT Minta Kerajaan S’gor Tutup Tapak Pelupusan Haram beritamalay3.blogspot.com
SEPANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahu kerajaan Selangor memikul tanggungjawab menutup tapak pelupusan sampah haram di Kampung Limau Manis, Sungai Merab dekat sini yang mengalami kebakaran berlarutan sejak hampir sebulan lalu.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata perkara itu selaras dengan bidang kuasa kerajaan negeri yang menyelaras hal ehwal pengurusan sampah dan sisa pepejal.
“Sudah tiba masanya kerajaan Selangor pula mengambil tugas menyelesaikan masalah tersebut kerana selama ini usaha pemadaman api yang dilakukan pihak bomba sejak 14 Mei lalu melibatkan peruntukan sehingga RM10,000 sehari ditanggung oleh kementerian,”katanya.
Bercakap kepada media selepas meninjau tapak pelupusan sampah haram berkeluasan 2.32 hektar itu hari ini, Noh berkata pihaknya dimaklumkan bahawa pasukan bomba mengalami kesukaran memadamkan api kerana ia berpunca daripada kebakaran bawah tanah.
“Kita menganggarkan jika tapak pelupusan mahu ditutup selamat dengan mengambus semula kawasan itu, kosnya sekitar RM15 juta hingga RM16 juta . Usaha dan perbelanjaan besar ini seharusnya diambil alih oleh kerajaan negeri,” katanya.
Beliau juga meminta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turun padang dan melihat sendiri kebakaran di tapak pelupusan sampah haram itu yang turut menjejaskan kesihatan penduduk sekitar termasuk di Putrajaya.
“Azmin kata Selangor mempunyai rizab berbilion-bilion ringgit, jadi tidak akan menjadi kesukaran bagi kerajaan negeri untuk tutup selamat tempat ini demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk di sekitar,” kata Noh.
Beliau juga berkata keengganan kerajaan Selangor menandatangani Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 telah menyebabkan isu-isu pengurusan sampah di negeri itu tidak selesai sehingga kini. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4Umy6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel KPKT Minta Kerajaan S’gor Tutup Tapak Pelupusan Haram beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel KPKT Minta Kerajaan S’gor Tutup Tapak Pelupusan Haram beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/kpkt-minta-kerajaan-sgor-tutup-tapak.html