Judul : Putera Harry Tiba Di Australia Menjelang Sukan Invictus beritamalay3.blogspot.com
link : Putera Harry Tiba Di Australia Menjelang Sukan Invictus beritamalay3.blogspot.com
Putera Harry Tiba Di Australia Menjelang Sukan Invictus beritamalay3.blogspot.com
SYDNEY – Walaupun dalam keadaan cuaca hujan dan berangin, ia tidak menghalang orang ramai bersesak-sesak untuk melihat dari dekat kelibat kerabat diraja British Putera Harry yang tiba di pusat pelancongan popular Circular Quay pada Rabu menjelang penganjuran temasya Sukan Invictus.
Putera diraja itu tiba di Australia pada Selasa untuk memulakan acara pengiraan detik pelancaran sukan berkenaan yang dijadual berlangsung Oktober tahun depan.
Sukan Invictus mengumpulkan atlet dalam kalangan anggota tentera dari seluruh dunia yang mengalami kecacatan akibat cedera semasa menjalankan tugas.
Pada majlis pelancaran di Admiralty House di Kirribilli, putera bongsu kepada pasangan Prince Charles dan Princess Diana itu turut berkongsi pengalaman sendiri mengenai peperangan dan bagaimana ia mendorongnya mengadakan acara sukan berkenaan.
“Pada Februari 2008, saya terpaksa meninggalkan Afghanistan dan saya pernah berkhidmat sebagai pegawai dalam tentera British sehinggalah pihak media mengetahui penglibatan saya.
“Menerusi sukan ia membawa perubahan dan akan membuatkan mereka bersemangat untuk membina semula kehidupan,” katanya.
Putera Harry kemudian menghadiri majlis di Cove Campbell yang turut dihadiri Perdana Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian di samping menjalankan aktiviti belayar di Sydney Harbor. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rAbuiG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Putera Harry Tiba Di Australia Menjelang Sukan Invictus beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Putera Harry Tiba Di Australia Menjelang Sukan Invictus beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/putera-harry-tiba-di-australia.html