Lagi Serangan Berdarah Militan Di London beritamalay3.blogspot.com

Lagi Serangan Berdarah Militan Di London beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lagi Serangan Berdarah Militan Di London beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi Serangan Berdarah Militan Di London beritamalay3.blogspot.com
link : Lagi Serangan Berdarah Militan Di London beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Lagi Serangan Berdarah Militan Di London beritamalay3.blogspot.com


LONDON – Selepas serangan berdarah di Manchester, polis Britain dikerahkan ke Jambatan London lewat Sabtu setelah saksi-saksi melaporkan sebuah van merempuh para pejalan kaki.

Pihak polis menyatakan bahawa lebih seorang mangsa terkorban akibat insiden di jambatan ikonik kota raya England itu, menurut laporan stesen BBC yang memetik kenyataan pegawai polis di tempat kejadian.

Menurut media berpengaruh tersebut: “Kami telah diberitahu oleh pihak polis yang lebih daripada satu kematian dalam kejadian rempuhan terbaharu di Jambatan London.”

Beberapa das tembakan juga dilepaskan oleh para pegawai polis sebagai respons kepada serangan tikaman yang dilaporkan berlaku di kawasan Borough Market yang terletak berdekatan, menurut pihak polis.

Dua lelaki dipercayai memasuki sebuah restoran dan kemudian menikam dua orang di dalamnya, menurut stesen CNN yang memetik kenyataan seorang saksi.

Malahan saksi tersebut memberitahu bahawa seorang pelayan ditikam pada bahagian leher, manakala seorang lelaki ditikam dari belakang badan.

Polis Britain juga sedang menangani satu lagi kejadian di kawasan Vauxhall, London dan dipercayai sedang memburu tiga suspek bersenjata, menurut laporan BBC.

Perdana Menteri Britain, Theresa May sedang berhubungan dengan para pegawai, dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut diberi taklimat mengenai kejadian ini.

Pengarah Urusan majalah The Spectator, Will Heaven, menulis menerusi Twitter bahawa beliau ternampak “dua mangsa – satu di tempat pejalan kaki, satu di tepi jalan”.

Beliau bahkan turut melihat pegawai polis lengkap bersenjata berat di jambatan tersebut. Beberapa saksi turut terdengar bunyi tembakan dilepaskan.

Wartawan BBC, Holly Jones, yang berada di sana ketika waktu kejadian, berkata beliau melihat sebuah van dipandu seorang lelaki bergerak “pada kelajuan 50 batu sejam”.

Beliau berkata sekitar lima orang sedang dirawat kerana mengalami kecederaan apabila kenderaan itu menaiki turapan dan melanggar mereka. Seorang lelaki yang tidak berbaju, digari dan ditahan polis.

Seorang saksi memberitahu agensi berita Reuters yang dia juga ternampak sekitar tiga orang dengan mengalami kecederaan dan berkemungkinan dikelar di leher.

“Kami sedang dalam sebuah teksi Uber menuju ke Jambatan London dan tiba-tiba melihat orang ramai berlari. Kereta uber kami terhenti, dan kami menanyakan orang ramai apa yang berlaku.

“Mereka berkata ada kejadian tembakan,” kata seorang saksi, Yoann Belmere, 40 tahun, seorang pegawai bank warga Perancis yang menetap di London.

“Sekarang seluruh kawasan ditutup, dengan banyak kereta polis menuju ke tempat kejadian manakala ambulans keluar dari situ,” tambah beliau, kepada Reuters.

Pihak penguasa pengangkutan London dalam pada itu menyatakan bahawa stesen kereta api Jambatan London ditutup atas arahan pihak polis.

Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum pilihan raya umum diadakan pada 8 Jun. Tinjauan membayangkan bahawa kedudukan Parti Konservatif yang diketuai May semakin goyah.

Kejadian ini juga berlaku kurang dua minggu setelah seorang pengebom nekad membunuh 22 orang di konsert penyanyi dari AS, Ariana Grande, di Manchester, utara England.

Pengeboman di Manchester itu adalah insiden paling berdarah sejak kejadian di Britain pada 2005 meragut 52 nyawa akibat serangan empat pengebom nekad rakyat Britain terhadap rangkaian pengangkutan London. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2roqWhO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Lagi Serangan Berdarah Militan Di London beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Lagi Serangan Berdarah Militan Di London beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi Serangan Berdarah Militan Di London beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/lagi-serangan-berdarah-militan-di.html

Subscribe to receive free email updates: