Ngaji di kubur sepanjang Ramadan beritamalay3.blogspot.com

Ngaji di kubur sepanjang Ramadan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ngaji di kubur sepanjang Ramadan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ngaji di kubur sepanjang Ramadan beritamalay3.blogspot.com
link : Ngaji di kubur sepanjang Ramadan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Ngaji di kubur sepanjang Ramadan beritamalay3.blogspot.com

 Kebiasaannya tadarus al-Quran dilakukan di masjid mahupun rumah sepanjang Ramadan kerana ketika inilah pahala amalan digandakan.

Namun pernahkah anda terbayang wujud tradisi membaca al-Quran dilakukan di tanah perkuburan setiap hari sehingga khatam 30 juzuk sempena Ramadan.

Mungkin bagi segelintir masyarakat ia agak pelik, namun itu yang berlaku di Kampung Sungai Sumun Satu, Hutan Melintang, di sini.

Ketua kampungnya, Abu Halim Zainuddin berkata, tradisi membaca al-Quran di tanah perkuburan oleh penduduk kampung berkenaan telah wujud sejak 100 tahun lalu.

“Setiap kali Ramadan, penduduk di sini datang ke tanah perkuburan ini membaca al-Quran buat orang tua serta saudara mara mereka yang sudah menghadap Ilahi.

“Tradisi turun temurun ini dah sebati dalam jiwa kami malah ia menjadikan Ramadan penuh bermakna dan tanah perkuburan tak pernah sunyi dari alunan ayat-ayat suci al-Quran sepanjang Ramadan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Parit 5, Sungai Sumun, semalam.

Sedekah kepada ahli kubur

Abu Halim berkata, dahulunya kampung tersebut sering dikunjungi serta didiami kiai dan ustaz.

“Mereka amat mementingkan ajaran agama dan ketika itu sebuah masjid dibina atas tanah perkuburan sekarang untuk mudahkan orang kampung beramal dan mempelajari agama.

“Memandangkan masjid berada di sebelah tanah perkuburan, maka ketika Ramadan, mereka bersama penduduk mengadakan tadarus di kubur untuk disedekahkan kepada ahli kubur di situ,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, masjid berkenaan kini dipindahkan ke lokasi lain memandangkan tapak berkenaan digunakan untuk pengebumian yang kini mempunyai hampir 2,000 kubur.

“Ketika saya kecil lagi dah ada tradisi ini dan selalu ikut orang tua ke kubur arwah datuk dan nenek untuk sedekahkan ayat suci al-Quran selain bersihkan kubur,” katanya.

Abu Halim turut berkongsi perasaannya ketika membaca al-Quran di kubur setiap kali Ramadan yang membawanya lebih dekat kepada ALLAH SWT dan sentiasa mengingati kematian.

“Kita biasa bertadarus, mengaji al-Quran di rumah dan masjid tapi bila membaca di kubur, kita akan rasa sebak dan insaf bila mengingati ALLAH SWT.

“Kita juga dapat lepaskan rasa rindu kepada arwah ahli keluarga yang tiada, terutamanya mak, ayah dan ini saja yang kita dapat sedekahkan kepada mereka sebagai anak,” katanya.

Bimbang tiada pelapis

Menurut Abu Halim, tradisi itu kini semakin suram terutamanya dalam kalangan anak-anak muda.

“Dulu bila Ramadan jer, kita boleh lihat ramai penduduk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran bermula selepas solat Subuh berjemaah.

“Ketika tu, lebih 20 orang  akanberada di kubur mengaji dan suara mereka mengalunkan ayat suci al-Quran juga kedengaran di setiap pelosok.

“Tapi kini jumlahnya semakin berkurangan dan boleh dikatakan tak sampai 10 orang sahaja penduduk yang masih amalkan tradisi ini, itu pun hanya warga emas,” katanya.

Tambahnya, generasi muda kini seakan tidak berminat untuk meneruskan tradisi berkenaan.

“Ini kerana ramai anak muda berhijrah keluar cari pekerjaan, selain ada juga yang tak menunjukkan minat dan lebih gemar mengaji di masjid serta rumah.

“Kadang-kadang saya dan rakan-rakan ada juga bersembang bagaimana suasana Ramadan selepas ini bila kami dah tiada, adakah tradisi ini akan diteruskan dan kalau boleh kami tak mahu ia hilang ditelan zaman,” katanya.

Perlu ikhlas

Bagi pesara guru, Ahmad Rusli Mohd Sedik, 59, yang menetap di kampung berkenaan ketika berumur 26 tahun berkata, pada mulanya dia terkejut melihat ramai orang kampung mengaji di kubur pada bulan Ramadan.

“Bila diselidik dan bertanya kepada isteri serta mentua saya, mereka beritahu ia tradisi kampung ini setiap kali Ramadan.

“Setiap pagi bila kita lalu sahaja depan tanah perkuburan ketika Ramadan, kita akan lihat ada penduduk baca al-Quran di kubur keluarga mereka,” katanya.

Dia juga turut melahirkan kebimbangan apabila tradisi itu semakin suram dan generasi muda juga tidak menunjukkan minat.

“Kebanyakan generasi lama dah meninggal dunia jadi tinggallah kami yang masih dipanjangkan umur dan meneruskan amalan membaca al-Quran ini.

“Memang kita ada bermesyuarat antara jawatankuasa kampung dan masjid untuk tarik minat penduduk tapi ia mestilah dilakukan dengan hati yang ikhlas,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di Tanah Perkuburan Islam Parit 5, Sungai Sumun, awal pagi semalam mendapati terdapat beberapa penduduk sedang membaca al-Quran.

Bagi Faizul Akhiar Ahmad Zuhdi, 36, dia dan adik-beradiknya berkunjung ke tanah perkuburan untuk membaca ayat suci al-Quran buat Allahyarham abang serta ayahnya.

“Setiap kali puasa kita akan lihat penduduk kampung ini datang ke tanah perkuburan, bentang tikar dan bersila untuk mengaji di hadapan kubur keluarga masing-masing.

“Sebagai anak kita tak mampu balas jasa orang tua, jadi dengan sedekahkan ayat suci al-Quran buat mereka, sedikit sebanyak ringankan seksaan mereka.

“Kalau boleh biarlah kiriman ayat al-Quran ini berterusan selain doa kita sebagai anak buat arwah emak dan ayah kita di sana,” katanya yang turut ke kubur pada hari biasa.

The post Ngaji di kubur sepanjang Ramadan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srggh4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Ngaji di kubur sepanjang Ramadan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Ngaji di kubur sepanjang Ramadan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ngaji di kubur sepanjang Ramadan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/ngaji-di-kubur-sepanjang-ramadan_4.html

Subscribe to receive free email updates: