Judul : 'Kaitkan campur tangan asing cubaan sucikan pelaku jenayah' beritamalay3.blogspot.com
link : 'Kaitkan campur tangan asing cubaan sucikan pelaku jenayah' beritamalay3.blogspot.com
'Kaitkan campur tangan asing cubaan sucikan pelaku jenayah' beritamalay3.blogspot.com
MALAYSIAKINIMengaitkan tindakan Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) ke atas kes pengubahan wang haram dengan campur tangan asing adalah perkara yang sangat memalukan, kata Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
"Komen-komen dari pemimpin parti Umno BN serta segelintir pemimpin pembangkang termasuk PAS serta beberapa orang mufti dilihat sebagai cubaan mensucikan pelaku jenayah penggubahan wang haram di Amerika," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mahfuz, adalah jelas DOJ mahu menyita dan mendapatkan kembali aset AS$540 juta yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang didakwa diselewengkan daripada dana 1MDB.
"Dapatan hasil siasatan DOJ juga mendapati wang tersebut telah mengalir kembali kepada individu seperti MO1 (Malaysian Official 1) dan isteri MO1 dalam bentuk tunai dan juga dalam bentuk permata berlian.
"Persoalannya, apakah menjadi suatu kesalahan pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan ke atas pelaku jenayah penggubahan wang haram di Amerika walaupun mereka adalah rakyat Malaysia?" soal Mahfuz.
Beberapa pemimpin BN seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini mendakwa tindakan DOJ sebagai campur tangan asing ke atas kedaulatan negara.
Manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pula membidas DOJ dan menganggap tindakan itu berbaur politik.
Pada 24 Jun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam surat terbuka kepada parti-parti politik berkata, campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.
Pendapat itu senada dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia adalah "tali barut' dan mempunyai niat jahat.
Jangan campur urusan Amerika
Mengulas lanjut, Mahfuz mempersoalkan apakah Malaysia akan melindungi pelaku penggubahan wang haram daripada kalangan rakyat Amerika seandainya mereka melakukan aktiviti yang sama di negara ini.
"Adakah peguam negara dan para mufti serta ulamak parti politik akan mengguna hujah yang sama iaitu tidak mahu dituduh sebagai mencampuri urusan negara asing walaupun kesalahan itu dilakukan di Malaysia.
"Apakah perlu peguam negara, para mufti dan PAS bangkit bagi mencadangkan pemansuhan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Keganasan 2001 yang telah sedia diwartakan?," soalnya.
Tambahnya, sekiranya mahkamah di Amerika membenarkan permohonan DOJ tersebut, aset yang dirampas akan dikembalikan semula kepada 1MDB.
"Amerika Syarikat mahupun pihak asing lain tidak mencampuri perundangan Malaysia.
"Jangan pula Malaysia dilihat dunia sebagai mencampuri proses perundangan di Amerika Syarikat oleh DOJ semata-mata untuk 'mensucikan penjenayah' yang telah merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia," kata Mahfuz.
DOJ pada 15 Jun lalu memfailkan saman sivil kali ketiga untuk merampas aset bernilai AS$ 540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.
Antara lain, ia mendakwa AS$620 juta yang sepatutnya dikembalikan oleh MO1 kepada 'penderma' sebaliknya dipindahkan kepada ahli pernigaan, Jho Low untuk membeli kalung berlian berharga AS$27.3 juta bagi isteri MO1.

Demikianlah Artikel 'Kaitkan campur tangan asing cubaan sucikan pelaku jenayah' beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel 'Kaitkan campur tangan asing cubaan sucikan pelaku jenayah' beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Kaitkan campur tangan asing cubaan sucikan pelaku jenayah' beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/kaitkan-campur-tangan-asing-cubaan.html