Judul : 'MCA tak pernah terima wang dari Dr M ketika era saya' beritamalay3.blogspot.com
link : 'MCA tak pernah terima wang dari Dr M ketika era saya' beritamalay3.blogspot.com
'MCA tak pernah terima wang dari Dr M ketika era saya' beritamalay3.blogspot.com
Kow Gah ChieTun Dr Ling Liong Sik berkata MCA tidak menerima sebarang pembiayaan politik daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau mempimpin parti itu antara 1986 hingga 2003.
Bekas presiden MCA itu berkata, parti berasaskan kaum Cina itu cukup kaya dan boleh membiayai dana politiknya sendiri.
"Saya tidak menerima wang dari Tun M," katanya pada sidang akhbar di kampus Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) di Sungai Long hari ini.
Ditanya apa nasihat yang akan diberi kepada kepimpinan parti sekarang, Ling berkata: "Mereka sudah cukap pandai untuk lakukan apa yang mereka perlu lakukan."
Beliau mengulas dakwaan dari dokumen yang bocor bahawa BN menerima dana yang dikaitkan dengan 1MDB.
Laman pemberi maklumat Sarawak Report mendakwa MCA Selangor menerima RM10 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi dinafikan parti itu.
Bagaimanapun, aangota parlimen DAP, Lee Kee Hiong mendakwa bekas Presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek dua tahun lalu mengakui sebaliknya.
Mengulas wawancara Chua yang diterbitkan oleh cari.com.my pada bulan Oktober 2015, Lee menyatakan Chua mengakui Najib membantu dana untuk parti komponen BN itu menjelang pilihan raya umum yang lalu.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel 'MCA tak pernah terima wang dari Dr M ketika era saya' beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel 'MCA tak pernah terima wang dari Dr M ketika era saya' beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'MCA tak pernah terima wang dari Dr M ketika era saya' beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/07/mca-tak-pernah-terima-wang-dari-dr-m.html