KL2017: Azizulhasni sumbang emas terakhir basikal trek beritamalay3.blogspot.com

KL2017: Azizulhasni sumbang emas terakhir basikal trek beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KL2017: Azizulhasni sumbang emas terakhir basikal trek beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KL2017: Azizulhasni sumbang emas terakhir basikal trek beritamalay3.blogspot.com
link : KL2017: Azizulhasni sumbang emas terakhir basikal trek beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


KL2017: Azizulhasni sumbang emas terakhir basikal trek beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Raja pecut basikal trek negara, Azizulhasni Awang meraikan penyertaan terakhirnya di temasya Sukan SEA dengan menyumbang emas ke-11 buat skuad negara menerusi acara kegemarannya, keirin lelaki di Velodrom Nasional di sini sebentar tadi.
 
Pelumba kelahiran Terengganu berusia 29 tahun itu yang dikenali sebagai therocketpocketman menewaskan rakan senegara, Mohd. Shariz Efendi Mohd yang meraih pingat perak. 
 
Fatehah pula membuktikan status sebagai ratu berbasikal trek Asia Tenggara apabila menamatkan perlumbaan dalam kategori keirin wanita di hadapan pelumba pelapis, Farina Shawati Adnan, sekaligus melengkapkan pemburuan emas keempatnya selepas cemerlang dalam pecut individu, pecut berpasukan dan 500 meter ujian masa dengan rekod kebangsaan (34.542s). 
 
Skuad sepak takraw negara akhirnya berjaya menyumbang kilauan pingat emas buat kontinjen Malaysia selepas muncul juara dalam acara regu lelaki Sukan SEA 2017 dengan menewaskan Filipina 2-0 di Stadium Titiwangsa, malam ini.
 
Bagi skuad hoki lelaki negara tidak berdepan masalah meraih pingat emas Sukan SEA Ke-29 apabila menang 14-0 ke atas Myanmar dalam saingan akhir, sebentar tadi. 
 
Bagaimanapun bagi acara basikal, Fatehah Mustapa menyumbang pingat emas ketiganya temasya Sukan SEA ke-29 selepas mengungguli acara 500 meter ujian masa wanita dengan catatan rekod baru kebangsaan iaitu 34.542 saat di Velodrom Nasional di sini sebentar tadi.
 
Atlet termuda Sukan SEA negara, Adam Yoong Hanifah mencipta satu lagi kejutan apabila menyumbang pingat emas dalam acara sukan luncur air lelaki menerusi disiplin tricks.
 
Bagi acara badminton perseorangan wanita, Goh Jin Wei merangkul pingat emas dengan mengatasi rakan senegara, Soniia Cheah dalam perlawanan akhir Sukan SEA ke-29 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
 
Jin Wei menang 21-11 dan 21-10 dalam tempoh 35 minit sekali gus menamatkan 14 tahun kemarau Malaysia yang tidak memenangi emas dalam kategori itu.
 
Sementara itu, Malaysia meraih pingat emas dalam aksi final Muay yang berlangsung di MITEC, di sini sebentar tadi.
 
Ain Kamaruddin menewaskan Thacthana Luangphon dari Thailand menerusi keputusan 29-28 dalam kategori 57kg.
 
Terdahulu, skuad silat negara menambah pingat emas kelimanya menerusi Siti Shazwana Ajak setelah memenangi acara tanding kelas putri D di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.
 
Meskipun terhincut-hincut ketika bertanding, namun Shazwana kekal fokus untuk mengetepikan pesilat Thailand, Rewadee Damsri dengan keputusan 5-0 di pentas akhir. 
 
Seperti dijangka, ratu sukan luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah menuai satu lagi emas buat negara selepas mengungguli sukan luncur air wanita menerusi disiplin lompatan.
 
Aaliyah berjaya melakukan lompatan sejauh 32.6 meter dalam acara itu yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini hari ini.
 
Sementara itu, silat acara tanding membuka gelanggang di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini dengan langkah kanan apabila Faizul Nasir menghadiahkan pingat emas hari ini.
 
Faizul menaiki podium pertama setelah menumpaskan pesilat Vietnam, Nguyen Dinh Tuan dengan keputusan 5-0 di pentas akhir kelas putra B.
 
Berikut adalah pungutan pingat Malaysia Sukan SEA Kuala Lumpur hari ini
 
EMAS
 
1. Ski Air Lompat Individu (W) - Aaliyah Yoong Hanifah
2. Pencak Silat Tanding (L) Kelas B (50-55kg) – Muhammad Faizul Nasir 
3. Pencak Silat Tanding (W) Kelas D (60-65kg) – Siti Shazwana Ajak
4. Ski Air Optimis U16 (W) - Nurul Shazwanie Mohd Saad
5. Ski Air Tricks Individu (W) - Aaliyah Yoong Hanifah
6. Pencak Silat Tanding (L) Kelas D (60-65kg) - Razak Ghazali
7. Pencak Silat Tanding (L) Kelas E (65-70kg) – Mohd Al Jufferi Jamari 
8. Badminton Perseorangan (W) – Goh Jin Wei 
9. Ski Air Trik Individu (L) -  Adam Yoong Hanifah 
10. 500m Ujian Masa (W) Berbasikal – Fatehah Mustapa
11. Muay (L) (54-57kg) – Ain Kamaruddin
12. Pencak Silat Tanding (L) Kelas F (70-75kg) – Fauzi Khalid 
13. Pencak Silat Tanding (L) Kelas H (80-85kg) – Mohamad Robial Sobri
14. Muay (L) (51-54kg) – Mohd Ali Yaakub
15. Pencak Silat Tanding (W) Kelas E (65-70kg) -  Siti Rahmah Mohamad Nasir 
16. Basikal Trak 1km Ujian Masa (L) – Mohamad Fadhil Mohd Zonis
17. Perahu Layar Laser Radial (L) – Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan
18. Layar Kelas Optimist U16 (L) – Muhammad Fauzi Kaman Shah
19. Terjun 3M Papan Anjal Seirama (W)
20. Terjun 3M Papan Anjal Seirama (L)
21. Skuash Berpasukan (W)
22. Terjun 10M Platform Seirama Campuran  
23. Hoki Lelaki Akhir 
24. Polo Ekuestrian 
25. Luncur Ais Trak 500m Kelajuan (P) – Anja Chong An Ya
26. Sepaktakraw Regu (L)
27. Basikal Skuad Kejar-Mengejar Berpasukan (L)
28. Basikal Keirin (W) – Fatehah Mustapa
29. Basikal Keirim (L) – Azizul Hasni Awang
 
PERAK
 
1. Ski Air Slalom Individu (W) - Aaliyah Yoong Hanifah
2. Badminton Beregu Campuran
3. Pencak Silat Tanding (L) Kelas A (45-50kg) - Mastafa Fitri Masjuri
4. Badminton Perseorangan (W) – Soniia Cheah
5. Layar Laser Radial (W) – Nur Shazrin Mohamad Latif
6. Kriket (L) T20
7. Taekwondo Kyorugi (W) Bawah 49 kg – Nur Dhia Liyana Saharuddin
8. Taekwondo Kyorugi (L) Bawah 58kg – Muhammad Iskandar Zulkarnain Ahmad 
9. Badminton Berpasukan (L)
10. Pencak Silat Tanding (L) Kelas J (90-95kg)
11. Muay (L) (63.5-67kg) – Tengku Shahrizal Tengku Abdul Rahman
12. Basikal Trak 1km Ujian Masa (L) – Muhammad Shah Firdaus Sahrom
13. Basikal Keirin (W) – Farina Shawati Adnan
14. Bola Sepak (L)
 
GANGSA
 
1. Ski Air Slalom Individu (L) - Muhammad Syahir Asyraf Nasir
2. Pencak Silat Tanding (W) Kelas A (45-50kg) - Nurul Annisa Mohd Sabri
3. Ski Air Jumping Individu (L) - Muhammad Syahir Asyraf Nasir
4. Badminton Beregu Campuran
5. Pencak Silat Tanding (L) Kelas I (85-90kg) – Ahmad Badrirullah Juanda
6. Pencak Silat Tanding (L) Kelas G (75-80kg) – Mohamed KhusairyAzhar
7. Angkat Berat (L) 77kg – Loro Wellkinson Peuji 
8. Badminton Beregu (W)
9. Taekwondo Kyorugi (L) Bawah 63kg – James Tee Chong Sheng
10. Taekwondo Kyorugi (W) Bawah 73kg – Nurul Nur Hafizzah Mahdi 
11. Perahu Layar Laser Standard (L) – Khairulnizam Mohd Affendey
12. Muay (L) (67-71kg) – Muhamad Samsi Mohd Noor
13. Luncur Ais Trak 500m Kelajuan (L) – Mohamad Ariff Rasydan Mohamad Fadzli
 
 


Demikianlah Artikel KL2017: Azizulhasni sumbang emas terakhir basikal trek beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel KL2017: Azizulhasni sumbang emas terakhir basikal trek beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KL2017: Azizulhasni sumbang emas terakhir basikal trek beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/kl2017-azizulhasni-sumbang-emas.html

Subscribe to receive free email updates: