Tertumbuk bola ke dalam gol sendiri boleh berlaku pada siapa pun - Ong Kim Swee beritamalay3.blogspot.com

Tertumbuk bola ke dalam gol sendiri boleh berlaku pada siapa pun - Ong Kim Swee beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tertumbuk bola ke dalam gol sendiri boleh berlaku pada siapa pun - Ong Kim Swee beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tertumbuk bola ke dalam gol sendiri boleh berlaku pada siapa pun - Ong Kim Swee beritamalay3.blogspot.com
link : Tertumbuk bola ke dalam gol sendiri boleh berlaku pada siapa pun - Ong Kim Swee beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Tertumbuk bola ke dalam gol sendiri boleh berlaku pada siapa pun - Ong Kim Swee beritamalay3.blogspot.com

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jangan salahkan penjaga gol Malaysia kata Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee, susulan tindakan Muhammad Haziq Nadzli yang menjaringkan gol sendiri hingga menghadiahkan kemenangan dan pingat emas buat Thailand pada final Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
 
Menurut Kim Swee, kesilapan penjaga gol berusia 20 tahun itu yang tertumbuk bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola sepakan sudut pada minit ke-39, boleh terjadi kepada mana-mana pemain.
 
"Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain. Kita tak boleh menyalahkan dia, dia masih muda dan masih belajar lagi," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
 
Kekalahan itu seakan mengulangi tragedi 2001 di mana Malaysia tewas dengan keputusan sama apabila kesilapan penjaga gol Kamaruzaman Hassan menghadiahkan kemenangan buat skuad Gajah Perang, juga di stadium yang sama.
 
Malah kegagalan memenangi ibu segala emas itu meneruskan penantian Malaysia selepas kali terakhir skuad kendalian Kim Swee muncul juara di Jakarta 2011.
 
Menurut bekas pengendali kebangsaan itu, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain sepanjang kejohanan ini, namun tetap melahirkan rasa kecewa kerana gagal memenangi emas.
 
"Kita beri saingan hebat kepada Thailand, tapi kita beri gol kepada mereka tidak kena pada masanya. Kita cuba bangkit tapi tetap gagal mencari gol.
 
"Saya tak gembira kerana tak memenangi pingat emas tapi secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi pemain dengan masa terhad yang kita lalui sebelum ini. Kita membuktikan bahawa kita mampu bersaing dengan pasukan rantau ini," kata Kim Swee.
 
Hujan yang turun sebaik permainan bermula seakan memberi petanda malam suram buat penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Shah Alam tanpa sorakan Ultras Malaya, susulan memboikot isu penjualan tiket sebelum perlawanan.
 
 


Demikianlah Artikel Tertumbuk bola ke dalam gol sendiri boleh berlaku pada siapa pun - Ong Kim Swee beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Tertumbuk bola ke dalam gol sendiri boleh berlaku pada siapa pun - Ong Kim Swee beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tertumbuk bola ke dalam gol sendiri boleh berlaku pada siapa pun - Ong Kim Swee beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/08/tertumbuk-bola-ke-dalam-gol-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates: