Judul : Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas beritamalay3.blogspot.com
link : Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas beritamalay3.blogspot.com
Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas beritamalay3.blogspot.com
Ketua polis daerah Shah Alam berkata, wanita itu ditahan kira-kira 2 petang semalam, selepas pihaknya menerima 4 laporan polis berhubung dakwaan menipu melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.
SHAH ALAM: Pemilik butik perancang perkahwinan yang sebelum ini direman 2 hari bermula Khamis lalu di Klang, ditahan semula petang semalam bagi membantu siasatan terhadap 4 lagi laporan baharu yang dibuat ke atasnya di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang semalam, sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam, selepas pihaknya menerima 4 laporan polis berhubung dakwaan menipu yang dikaitkan dengan suspek, melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.
“Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada 8 malam hari sama selepas selesai siasatan, pasport antarabangsanya turut ditahan sebagai langkah mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara,” katanya pada Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.
Shafien berkata, siasatan awal mendapati kebanyakan laporan polis ke atas pemilik butik
perkahwinan itu dibuat bakal pengantin yang membayar deposit kerana khuatir dengan perkhidmatan diberikan.
Ini berikutan tularnya video yang menunjukkan pejabat butik berkenaan diserbu pengantin yang tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan.
“Saya jangka lebih ramai pelanggan suspek akan membuat laporan polis untuk menuntut kembali deposit mereka,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya membuka 1 kertas siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat, serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
Pada 31 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Klang mengeluarkan perintah reman 2hari sehingga semalam ke atas suspek bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan membabitkan kira-kira 100 pasangan dan bakal pengantin dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM497,000.
Demikianlah Artikel Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes tipu: Pemilik butik ditahan semula selepas bebas beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/kes-tipu-pemilik-butik-ditahan-semula.html