Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor? beritamalay3.blogspot.com

Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor? beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor? beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor? beritamalay3.blogspot.com
link : Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor? beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor? beritamalay3.blogspot.com

Liya S.

selangor


Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan mendesak kerajaan PKR Selangor untuk mengumumkan kepada rakyat apakah Selangor masih di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang atau pun di bawah gabungan parti pembangkang yang baru iaitu Pakatan Harapan.

Menurut beliau, ini memandangkan bahawa pengumuman yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung status kerajaan negeri Pulau Pinang yang digantikan dengan Pakatan Harapan yang menyaksikan Pas tersingkir dari gabungan tersebut dan digantikan dengan Parti Amanah yang merupakan serpihan parti itu.

“Rakyat mahu tahu apakah kerajaan Selangor hari ini masih lagi diperintah di bawah Pakatan Pembangkang atau pun Pakatan Harapan Baru? Dua gabungan ini tidak sama memandangkan pakatan pembangkang adalah gabungan Pas, PKR dan Dap manakala Pakatan Harapan Baru pula menerima Parti Amanah sebagai ganti Pas di dalam gabungann baru tersebut.

“Kita mahu kerajaan Selangor menjelaskan perkara ini kepada rakyat kerana ianya menimbulkan kekeliruan berhubung kedudukan Pas di dalam kerajaan negeri Selangor memandangkan Pas tidak lagi bersama gabungan Pakatan Harapan yang baru ini.

“Status ini amat penting memandangkan wujudnya kekeliruan di kalangan rakyat Selangor berhubung dengan konflik yang tercetus di kalangan parti pembangkang sehingga menyebabkan mereka akhirnya terpaksa mewujudkan satu gabungan baru dengan penyingkiran Pas dari gabungan tersebut,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor perlu segera membuat pengumuman dan memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut kepada rakyat di negeri ini memandangkan kini PKR dan DAP terlibat dalam dua bentuk kerajaan iaitu Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan di Selangor.

“Sebelum ini, Azmin memberitahu bahawa Pakatan Harapan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor dan ini bermaksud kerajaan Pakatan Rakyat masih wujud. Tetapi bagaimana kerajaan pakatan rakyat masih wujud sedangkan Dap dan PKR telah membuat pengumuman penubuhan Pakatan Harapan Baru yang tidak disertai oleh Pas sebaliknya digantikan oleh Parti Amanah.

“Menjadi persoalan di kalangan rakyat apa peranan Parti Amanah di Selangor dan bagaimana pula kedudukan Pas di dalam kerajaan Selangor apabila Dap mengumumkan pakatan rakyat sudah tidak wujud dan digantikan dengan pakatan harapan baru? Sedangkan Dap, PKR dan Pas memenangi Selangor di bawah nama pakatan rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negeri ini agar menilai sendiri sejauh mana sikap profesional yang ada pada diri kepimpinan pembangkang hari ini khususnya di Selangor.

“Kita lihat kepimpinan pembangkang bukanlah satu gabungan yang konsisten dan tidak kukuh.

Mereka boleh berpecah bila-bila masa dan bergabung semula pada bila-bila masa. Ketidaktentuan dan ketidaksepakatan mereka ini ternyata telah memberikan impak kepada rakyat di negeri ini apabila mereka lebih mementingkan politik individu dan kepartian mereka berbanding kepentingan rakyat di negeri ini.

“Sebab itu, isu air, isu sampai dan banyak isu lain masih lagi tidak selesai kerana pemimpin mereka lebih sibuk berpolitik sesama sendiri daripada sibuk menjaga kebajikan rakyat di negeri yang mereka perintah,” jelasnya.-




Demikianlah Artikel Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor? beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/usah-kelirukan-rakyat-apa-status.html

Subscribe to receive free email updates: