Mampukah Mat Sabu Tamatkan Kemarau Politik Sendiri beritamalay3.blogspot.com

Mampukah Mat Sabu Tamatkan Kemarau Politik Sendiri beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mampukah Mat Sabu Tamatkan Kemarau Politik Sendiri beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mampukah Mat Sabu Tamatkan Kemarau Politik Sendiri beritamalay3.blogspot.com
link : Mampukah Mat Sabu Tamatkan Kemarau Politik Sendiri beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Mampukah Mat Sabu Tamatkan Kemarau Politik Sendiri beritamalay3.blogspot.com

Fuad Shahdan

Mat Sabu


Salah seorang pemimpin politik pembangkang yang jarang diperkatakan ialah Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebelum memulakan gerakan besar-besaran membawa keluar sebahagian besar golongan profesional dari parti berkenaan dan membentuk sebuah parti baru yang dikenali umum sebagai parti serpihan PAS atau ada yang lebih nakal menggelarkan AMANAH sebagai parti orang-orang kecewa.

Seperti juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), AMANAH tidak memiliki aspirasi perjuangan yang jelas di samping buat masa ini kebanyakan wakil rakyat dari AMANAH menduduki kerusi sedia ada menggunakan tiket parti terdahulu. Setakat ini, masih sukar untuk dinilai masa depan pemimpin-pemimpin AMANAH ini dalam medan politik, kita tidak tahu sama ada mereka masih mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kerusi sedia ada atau akan tewas. Sebelum menilai hal ini, kita wajar melihat bagaimana pola pengundian di kawasan-kawasan berkenaan sama ada mereka memilih atas dasar calon, parti atau sentiment luaran termasuk rasa tidak gemar kepada parti lawan.

Mohamad sendiri bukanlah asing dalam arena politik tanah air dan beliau sudah terlibat dalam ‘perang’ ke Dewan Rakyat sejak tahun 1980an lagi. Malah beliau pernah mencuba untuk melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum 1986. Cubaan berkenaan gagal dan Mohamad beralih pula ke Kelantan dan mencuba kerusi Parlimen Nilam Puri dan kali ini sokongan rakyat berada di pihak beliau. Mohamad kekal di kerusi Parlimen berkenaan pada pilihan raya 1995 walaupun nama dan sempadan baru Nilam Puri diubah kepada Kubang Kerian.

Hayat Mohamad di Dewan Rakyat diteruskan lagi kali ini mencuba nasib di negeri Kedah dan beliau diberi kepercayaan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Kuala Kedah pada pilihan raya umum 1999. Mohamad menang di kerusi berkenaan namun gagal mempertahankannya pada pilihan raya umum 2004. Nasib kurang baik menimpa beliau dalam dua pilihan raya berikutnya pada 2008 dan 2013. Pada 2008 Mohamad dipindahkan ke Kuala Terengganu tetapi tewas dan kemudian pada 20013 beliau kembali ke Kedah untuk bertanding di Pendang tetapi masih tewas.

Sebagai seorang Presiden parti Mohamad semestinya mahu dilihat kuat dan berpengaruh, tetapi sejak 2004 beliau gagal untuk memang dalam pilihan raya yang ditandinginya dan keadaan ini sudah tentu memberikan sedikit kesan negatif terhadap beliau. Apakah kali ini sebagai Presiden parti, Mohamad mampu mencipta kejutan atau kekalahan akan terus menghantui beliau. Mohamad juga dikenali sebagai seorang pemimpin yang tidak tetap dalam hal kerusi dan sering mengikut arahan parti untuk bertanding di mana-mana kawasan bersesuaian. Justeru, Mohamad bukanlah pemimpin yang memiliki kubu kuat, tetapi menduga kekuatan melalui sokongan semasa.

Pada pilihan raya umum akan datang Mohamad dikatakan akan diletakkan di Selangor, ini jelas satu permainan mudah yang cuba disesuaikan oleh AMANAH untuk memberi laluan kepada Mohamad menduduki kerusi empuk di Dewan Rakyat. Ini kerana sehingga kini Pakatan Harapan (PH) mempunyai sedikit kelebihan di Selangor. Namun sewajarnya pemimpin seperti Mohamad diletakkan di kawasan-kawasan baru yang mahu diteroka AMANAH bagi membolehkan pengaruh parti berkenaan dapat diluaskan. Mohamad sebenarnya begitu sesuai untuk bertanding di Pulau Pinang atau Kedah kerana mempunyai pengetahuan yang lebih besar tentang demografi dan suasana politik di kedua-dua negeri ini. Namun sehingga kini hal berkenaan mungkin tidak akan berlaku kerana AMANAH sudah tentu mahu melihat Mohamad menamatkan kemarau kemenangan dalam pilihan raya dan sebagai seorang Presiden parti beliau perlu muncul sebagai wakil rakyat untuk mengukuhkan kedudukannya



Demikianlah Artikel Mampukah Mat Sabu Tamatkan Kemarau Politik Sendiri beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Mampukah Mat Sabu Tamatkan Kemarau Politik Sendiri beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mampukah Mat Sabu Tamatkan Kemarau Politik Sendiri beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/mampukah-mat-sabu-tamatkan-kemarau.html

Subscribe to receive free email updates: