Penjara sebulan tak patahkan semangat Tian Chua beritamalay3.blogspot.com

Penjara sebulan tak patahkan semangat Tian Chua beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penjara sebulan tak patahkan semangat Tian Chua beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjara sebulan tak patahkan semangat Tian Chua beritamalay3.blogspot.com
link : Penjara sebulan tak patahkan semangat Tian Chua beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Penjara sebulan tak patahkan semangat Tian Chua beritamalay3.blogspot.com

KEADILDAN DAILY

tian_chua

Mahkamah Rayuan Putrajaya telah mengekalkan sabitan penjara satu tahun dan denda RM1000 terhadap Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua atas tuduhan melanggar arahan polis untuk meninggalkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada 2012.

Keputusan itu diputuskan oleh panel tiga orang hakim yang diketua Hakim Tan Sri Mohtarudin Baki selepas Tian secara mengejut menarik balik rayuan akhirnya dalam kes ini dan mengetepikan peguamnya, Latheefa Koya serta N. Surendren.

Latheefa Koya ketika ditemui media selepas keputusan dibacakan berkata, tindakan Tian menarik balik rayuannya itu bukan menunjukkan beliau bersalah sebaliknya tindakan Ahli Parlimen Batu itu pada masa itu adalah demi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

Malah katanya, Tian ke Kompleks Pulapol pada ketika itu juga bukan atas kehendaknya tetapi telah dibawa oleh pihak polis kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.

Latheefa juga berkata, kes Tian ini juga boleh disifatkan sebagai sesuatu yang aneh dan boleh dianggap tidak bersalah yang mana beliau hanya menjadi mangsa keadaan.

“Terdapat banyak kekeliruan ketika itu kerana beratus orang ditahan dan ramai wanita serta kanak-kanak yang dikeluarkan dalam bas secara berasingan.

“Jadi, Tian Chua telah mengambil tindakan tanggungjawab untuk memastikan semua dibebaskan sebelum beliau sendiri keluar.

“Namun pihak polis mengambil tindakan ke atas beliau atas sebab berada di kawasan larangan.

Sememangnya Pulapol merupakan kawasan larangan tetapi dalam kes ini, Tian Chua tidak datang ke Pulapol secara sendiri sebaliknya beliau dibawa oleh pihak polis ke situ.

“Kita nampak ada satu tindakan aneh untuk mendakwa orang yang dibawa oleh pihak polis sendiri untuk di tahan kemudiannya untuk kesalahan kawasan larangan,” katanya.

Tian Chua disabitkan di bawah Akta Kawasan dan Tempat Perlindungan 1959 kerana  menolak perintah untuk meninggalkan Kompleks Pulapol di Jalan Semarak pada 29 April 2012, sehari selepas ditangkap semasa perhimpunan Bersih 3 di Kuala Lumpur.

November tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan awalnya terhadap sabitan dan hukuman setahun penjara dan denda RM1,000 yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014.

Mahkamah sepatutnya mendengar hujah kedua-dua belah pihak hari ini (29 September), tetapi menerima penarikan balik rayuan itu, dan mengekalkan hukuman penjara satu bulan, berkuatkuasa hari ini.



Demikianlah Artikel Penjara sebulan tak patahkan semangat Tian Chua beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Penjara sebulan tak patahkan semangat Tian Chua beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjara sebulan tak patahkan semangat Tian Chua beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/penjara-sebulan-tak-patahkan-semangat.html

Subscribe to receive free email updates: