Judul : Saman Fitnah: CRB Dan SR Terbukti Menipu? beritamalay3.blogspot.com
link : Saman Fitnah: CRB Dan SR Terbukti Menipu? beritamalay3.blogspot.com
Saman Fitnah: CRB Dan SR Terbukti Menipu? beritamalay3.blogspot.com
TareeqSEHINGGA 31 Ogos 2017, Clare Rewcastle Brown (CRB) dan Sarawak Report (SR) masih gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenapa CRB masih gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaan portal berkenaan?
Adakah itu bermaksud CRB membuat dakwaan itu tanpa bukti?
Jika benar, terbukti CRB dan SR menipu membuat dakwaan terhadap Abdul Hadi dan Perdana Menteri.
Tentunya CRB dan SR kini berada dalam dilema kerana sehingga kini gagal mengemukakan bukti.
Portal berita The Third Force di laman sesawang http://ift.tt/2wIfMIR melaporkan, kegagalan CRB menunjukkan bukti itu secara tidak langsung telah melanggar perintah mahkamah bertarikh 2 Ogos 2017 yang memerlukannya untuk membela diri berdasarkan tarikh yang ditetapkan.
Kegagalan CRB itu secara tidak langsung menunjukkan dia berniat jahat bagi menggulingkan pemimpin yang dilantik secara demokratik dalam sebuah negara yang berdaulat.
Ketika ini, CRB seperti cuba untuk melengahkan perbicaraan itu sehingga Malaysia melepasi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan memohon tempoh lanjutan perbicaraan dari hakim.
CRB memohon hakim memberi tempoh tambahan untuk meneruskan pembelaan dirinya yang ditentang Abdul Hadi tersebut, tetapi permohonan itu ditolak.
Walaupun mempunyai masa yang cukup sejak tahun lalu untuk menunjukkan buktinya, CRB gagal berbuat demikian, bermaksud dakwaannya yang memiliki dokumen-dokumen untuk menentang Najib adalah satu penipuan.
Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap CRB di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.
Tindakan itu susulan laporan SR pada 6 Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Perdana Menteri menarik kepemimpinan PAS untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Abdul Hadi mengarahkan peguamnya di UK untuk menghantar tiga pucuk surat yang meminta CRB memohon maaf terhadap tuduhan palsu, tetapi tiada maklum balas yang diterima.
CRB diminta hadir ke Mahkamah Tinggi London pada Oktober ini yang memungkinkannya untuk cuba melengah-lengahkan perbicaraan itu.
Perkembangan yang berlaku itu seperti membayangkan bahawa Pakatan Harapan diketuai DAP yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sangat bersusah-payah untuk menjatuhkan Najib berdasarkan artikel-artikel yang ditulis oleh CRB.
Tetapi realitinya CRB dan SR masih gagal mengemukakan bukti mengenai dakwaan yang dilontarkan apabila diarahkan berbuat demikian oleh mahkamah.
Rasanya tidak menjadi masalah untuk CRB mendapatkan bukti itu.
CRB dan SR hanya perlu bertemu atau menghubungi pemberi maklumat atau pihak yang ‘mengupahnya’ untuk menyebarkan dakwaan itu.
Adakah pihak pemberi maklumat itu juga tiada bukti mengenai dakwaan itu?
Jika tiada, kenapa SR berani mengeluarkan dakwaan itu?
Adakah disebabkan CRB dan SR dibayar dengan ‘upah’ yang cukup lumayan sehingga membolehkannya berani membuat dakwaan sedemikian?
Jika berani membuat dakwaan, CRB dan SR juga perlu berani berdepan dengan saman fitnah dikemukakan PAS.
Kenapa CRB mahu melengah-lengahkan perbicaraan kes berkenaan?
Adakah CRB diarahkan berbuat demikian dalam usaha mengumpul bukti?
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan kemenangan awal dilihat berpihak kepada Abdul Hadi.
Bagaimanapun, perbicaraan masih diteruskan dan pihak yang bersalah akan diketahui selepas ini.
Bersalahkah CRB dan SR? Keputusan mahkamah sudah tentu akan mendedahkan segala-galanya.
Demikianlah Artikel Saman Fitnah: CRB Dan SR Terbukti Menipu? beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Saman Fitnah: CRB Dan SR Terbukti Menipu? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saman Fitnah: CRB Dan SR Terbukti Menipu? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/09/saman-fitnah-crb-dan-sr-terbukti-menipu.html