Judul : Lantang bela Rohingya tapi setengah juta anak Malaysia ‘merempat’, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com
link : Lantang bela Rohingya tapi setengah juta anak Malaysia ‘merempat’, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com
Lantang bela Rohingya tapi setengah juta anak Malaysia ‘merempat’, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com
Mereka yang keluar dari pusat jagaan kerajaan terpaksa mengharungi pelbagai masalah kerana tiada dokumen diri mengesahkan kerakyatan mereka.
PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan membidas sikap segelintir pihak termasuk kerajaan yang banyak bercakap mengenai penafian hak kewarganegaraan rakyat Rohingya di Myanmar, sebaliknya masih gagal menyelesaikan isu sama membabitkan lebih setengah juta di Malaysia yang diberikan status “anak tak sah taraf”.
Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) berkata kerajaan Malaysia sepatutnya serius dalam menyelesaikan nasib 500,000 itu, yang antaranya masih tiada status warganegara dan merempat di negara sendiri, sedangkan ia sibuk membantu rakyat negara asing.
Bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata dalam 11 tahun sejak 2006 sehingga 30 Jun tahun ini, terdapat 543,363 anak dilahirkan dengan status “tidak sah taraf” di negara ini.
Status itu diberikan terhadap anak dilahirkan dalam perkahwinan yang tidak mengikut peraturan dan juga anak luar nikah untuk pasangan Islam. Status itu turut diberikan terhadap anak yang tidak diketahui identiti ibu bapanya.
“Sepatutnya kalau mereka ada tanggungjawab, mereka perlu bantu anak tidak sah taraf ini dulu. Ini tidak, kita sibuk dengan sebelah sana, yang depan mata tak bantu, dibiarkan merempat,” kata Presiden Perbak, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah kepada FMT.
Khairul berkata beliau bukannya tidak setuju rakyat Rohingya perlukan bantuan, sebaliknya mempersoalkan sikap mengabaikan rakyat sendiri.
Menurutnya, di pusat jagaan seliaannya sahaja, seramai 1,758 individu yang keluar dari pusat jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak mendapat status warganegara.
Beliau menyalahkan JKM yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan anak bekas jagaan jabatan itu hanya mendapat status pemastautin sementara dan kebanyakan mereka terpaksa “hidup merempat”.
“Mereka tidak boleh lepas begitu sahaja selepas umur 18 tahun. Di mana kebajikan yang dikatakan?
Sepatutnya pihak JKM lebih cakna dan pastikan mereka ini tidak terumbang ambing,” kata Khairul.
“Mereka bukan mahu wang, tapi mereka hanya perlukan 3 sahaja. Pertama, identiti diri; kedua, pekerjaan dan ketiga, tempat tinggal sementara. Macam mana mereka nak berdikari sendiri kalau tiada status warganegara yang menyukarkan mereka cari pendapatan malah keselamatan juga terancam?” soalnya.
Melacur
Khairul mendakwa ada di kalangan mereka yang tidak mendapat status warganegara terpaksa melacurkan diri untuk menyara kehidupan.
“Saya pernah tanya menteri, beliau tahu tak apa agensi beliau buat, dan beliau tahu tak berapa ramai budak perempuan yang merempat, menjual diri, menjual anak luar nikah untuk sesuap nasi.
“beliau tidak tahu,” kata Khairul, merujuk Kementerian Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Khairul berkata beliau tidak menyerang JKM seolah-olah ia langsung tidak memberikan bantuan.
Beliau mengakui bantuan seperti rumah transit disediakan JKM kepada bekas jagaannya selepas keluar pusat kebajikan, tetapi menurutnya terdapat kelemahan yang perlu ditambah baik.
Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Karim baru-baru ini mengumumkan pemberian surat sokongan sementara kepada bekas penghuni rumah kebajikan sementara menunggu proses permohonan kad pengenalan, dan berkata rumah transit atau apa yang dikenali sebagai “Purple Home” akan diwujudkan di setiap negeri bagi menempatkan mereka yang sudah menjangkau usia 18 tahun.
“Itu bagus dan saya setuju tapi banyak lagi kelemahan yang perlu ditambah baik,” kata Khairul yang juga bekas penghuni rumah kebajikan JKM.
Seorang lagi aktivis yang kini mengetuai Pertubuhan Bekas Penghuni Institusi di bawah JKM (J’keb), Che Rozi Azrul Che Aziz bersetuju.
Menurutnya, ramai bekas penghuni rumah kebajikan berdepan pelbagai masalah kerana tidak mempunyai kad pengenalan, termasuk tidak dapat bersekolah, memiliki akaun bank dan juga berkahwin.
“Mereka tidak ada kad pengenalan, susah dapat peluang pekerjaan apabila keluar dari JKM. Ada penghuni yang ceritakan pada saya, dia dipukul dan pergi ke hospital, pihak hospital tak boleh terima kes itu, bila buat laporan polis pun sama, sebab dia tidak ada dokumen yang sah. Apa harus dia buat?” kata Che Rozi kepada FMT.
“Kita sebagai manusia ada keinginan berkahwin, beli kereta dan rumah, tapi disebabkan kekangan ini, apa yang dia boleh buat?”
Che Rozi berkata nasib malang mereka dieksploit, termasuk oleh majikan yang membayar gaji rendah tidak setimpal dengan kerja.
Malah, ada juga pihak yang tidak membayar gaji sebaliknya hanya memberi makanan dan minuman sahaja, katanya.
“Jangan pandang negatif, kami perlu dibantu supaya kami tak tergelincir dari landasan, kalau pihak asyik menghentam, kami kita tak boleh buat apa.
“Ambil adik-adik saya kerja atas dasar kebolehan, bukan belas ihsan sebab dia pernah tinggal di rumah anak yatim,” katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel Lantang bela Rohingya tapi setengah juta anak Malaysia ‘merempat’, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Lantang bela Rohingya tapi setengah juta anak Malaysia ‘merempat’, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lantang bela Rohingya tapi setengah juta anak Malaysia ‘merempat’, kata aktivis beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/lantang-bela-rohingya-tapi-setengah.html