PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib beritamalay3.blogspot.com

PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib beritamalay3.blogspot.com
link : PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib beritamalay3.blogspot.com

 
Ia di sebalik kebimbangan integriti agensi anti rasuah itu akan dipersoalkan.


fahmi-macc


PETALING JAYA: PKR hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulangkan peruntukan RM5 juta yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam kepada sebuah yayasan di bawah agensi itu, dengan berkata ia memberi kesan kepada siasatan terhadap 1MDB membabitkan perdana menteri.

“SPRM wajar mengambil pendirian moral yang jelas dan memulangkan ‘derma’ RM5 juta ini kepada pihak kerajaan,” kata parti itu dalam satu kenyataan oleh Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“Dengan memulangkan wang ini, SPRM akan menjadi contoh terbaik kepada rakyat Malaysia bahawa bukan sahaja rasuah yang perlu ditolak, malah sebarang hadiah atau derma yang mungkin dilihat sebagai rasuah juga perlu ditolak.”

Beliau berkata ia juga memberi kesan dalam proses saringan SPRM terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang kerana Najib juga merupakan pengerusi BN.

“Malah sukar mengelak kemungkinan peruntukan segera ini dilihat sebagai suatu hadiah atau derma yang mungkin bermotif politik.”

Najib mengumumkan peruntukan RM5 juta ketika merasmikan bangunan baharu SPRM di Presint 7, Putrajaya semalam.

SPRM merupakan antara agensi kerajaan yang terlibat siasatan salah laku dalam 1MDB dan “derma” RM2.6 bilion kepada Najib, sebelum siasatan itu ditamatkan Peguam Negara yang mendakwa tiada kesalahan dilakukan.

Peruntukan RM5 juta itu turut mengundang kritikan Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), yang mahu Parlimen memantau segala sumbangan kepada SPRM.

“Kami bimbang ia akan mengaburi mata SPRM,” kata Pengarah C4 kepada FMT semalam.

PKR berkata peruntukan RM5 juta semalam dibuat selepas Najib mengumumkan nama bakal calon pilihan raya BN dihantar untuk saringan SPRM.

“Oleh yang demikian, untuk mengelak spekulasi atau persepsi tidak sihat, SPRM wajar mengambil pendirian moral yang jelas dan memulangkan ‘derma’ RM5 juta ini kepada pihak kerajaan.

“Dengan memulangkan wang ini, SPRM akan menjadi contoh terbaik kepada rakyat Malaysia bahawa bukan sahaja rasuah yang perlu ditolak, malah sebarang hadiah atau derma yang mungkin dilihat sebagai rasuah juga perlu ditolak,” kata kenyataan itu, yang turut menggesa SPRM dikeluarkan daripada seliaan Jabatan Perdana Menteri supaya melapor terus kepada Parlimen.



Demikianlah Artikel PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/10/pkr-mahu-sprm-pulangkan-derma-rm5-juta.html

Subscribe to receive free email updates: