Judul : Amanah ibarat 'hidup segan mati tak mahu', mustahil ganti PAS di Kelantan - Penganalisis beritamalay3.blogspot.com
link : Amanah ibarat 'hidup segan mati tak mahu', mustahil ganti PAS di Kelantan - Penganalisis beritamalay3.blogspot.com
Amanah ibarat 'hidup segan mati tak mahu', mustahil ganti PAS di Kelantan - Penganalisis beritamalay3.blogspot.com
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Parti serpihan PAS, Amanah ibarat 'hidup segan mati tak mahu', malah dilihat mustahil mampu menggantikan PAS yang memerintah selama 27 tahun di Kelantan, kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Ujarnya, parti pimpinan Mohamad Sabu itu dilihat berperanan tidak lebih sekadar 'tukang sorak' kepada parti komponen dalam gabungan disertainya, Pakatan Harapan (PH).
Pandangan itu menyusul selepas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dilaporkan sebagai berkata, jangka hayat Amanah bakal berakhir selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berikutan tidak mendapat sokongan rakyat terutamanya di negeri Che Siti Wan Kembang itu.
"Soal kemungkinan untuk Amanah merebut kuasa di Kelantan sangat hampir mustahil. Hampir mustahil untuk Amanah membentuk kerajaan di negeri Kelantan sebab tahap sokongan rakyat di peringkat akar umbi kepadanya sangat rendah.
"Amanah ini hanyalah berperanan sebagai tukang sokong sahaja. Tukang sorak dan yang menumpang di atas kekuatan orang lain. Dari satu segi, saya bersetuju dengan pendapat Nik Amar bahawa Amanah akan tidak selantang sekarang selepas PRU14 ini.
"Nak kata 'mati' terus itu tidak ada lah cuma hidup segan mati tak mahu," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Kamarul Zaman turut merujuk kepada kenyataan Mohamad atau Mat Sabu sebelum ini yang secara terbuka mengakui parti pimpinannya tidak dapat menandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) meskipun ditubuhkan lebih awal.
Kamarul juga berkata, prestasi parti serpihan PAS itu jika diukur dengan jumlah keahliannya, masih berada di tahap sokongan yang sangat rendah.
"Yang disebut secara spesifik di dalam laporan setiausaha agung bahawa keahlian Amanah memang 80,000 sepertimana Salahuddin Ayub sebut sedangkan sebelum ini sudah disebut oleh Mohamad Sabu, Presiden Amanah sejak tahun 2015 lagi bahawa sasarannya nakkan 100,000 orang menjelang akhir tahun 2015. Jadi nampak jelas bahawa Amanah tidak berkembang.
"Macam dalam himpunan baru ini pun. Himpunan Kleptokrasi di Petaling Jaya baru ini pun dia (Amanah) gagal walaupun telah membuat kerahan ahli secara rasmi oleh setiausaha agung Amanah sendiri. Tetapi yang hadir tidak ramai jadi jelas menunjukkan Amanah tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat," tambahnya.
Amanah yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS selepas gagal dalam pemilihan parti pada 2015, sebelum ini berkali-kali menyatakan keyakinannya untuk menjadi pengganti PAS khususnya di Kelantan, malah dikatakan diletakkan sebagai parti teraju PH untuk menawan negeri itu.
Antarapos sebelum ini melaporkan, Amanah Kelantan mengesahkan ia meminta sebanyak 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen di negeri itu untuk ditandingi pada PRU14 akan datang.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad bagaimanapun berkata hasrat itu masih di peringkat perbincangan untuk dimuktamadkan.
DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi dengan 31 darinya dikuasai PAS, 13 milik Umno dan satu kerusi milik Amanah.
Demikianlah Artikel Amanah ibarat 'hidup segan mati tak mahu', mustahil ganti PAS di Kelantan - Penganalisis beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Amanah ibarat 'hidup segan mati tak mahu', mustahil ganti PAS di Kelantan - Penganalisis beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amanah ibarat 'hidup segan mati tak mahu', mustahil ganti PAS di Kelantan - Penganalisis beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/amanah-ibarat-hidup-segan-mati-tak-mahu.html