Judul : BN Selangor kemuka lima usul pada sidang DUN beritamalay3.blogspot.com
link : BN Selangor kemuka lima usul pada sidang DUN beritamalay3.blogspot.com
BN Selangor kemuka lima usul pada sidang DUN beritamalay3.blogspot.com
ANTARAPOSSHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor telah mengemukakan lima usul untuk dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula esok.
Penyelaras Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata antaranya berkenaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Yayasan Selangor.
ADUN Batang Kali itu berkata, usul IBR akan dibawa ADUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias bagi menggesa kerajaan negeri menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menandatangani ikrar berkenaan.
Sementara itu usul Yayasan Selangor akan dibawa ADUN Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus bertujuan menggesa dikembalikan semula peranan asal yayasan itu melalui pengurusan aset berkesan termasuk membuka kembali Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin.
Tambahnya, usul ketiga akan dibawa oleh ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak bagi menggesa kerajaan negeri mengambil langkah proaktif memperkukuh institusi Mahkamah Syariah meliputi struktur dan bidang kuasa perundangan termasuk aspek infrastruktur dan tenaga manusia.
Usul keempat mengenai Lesen Pusat Hiburan Keluarga pula akan dibawa ADUN Jeram Datuk Amiruddin Setro bagi menggesa kerajaan negeri membatalkan serta merta pemegang lesen yang terbukti menyalahgunakan lesen pusat hiburan keluarga yang boleh merosakkan akhlak remaja serta memperketat dan mengehadkan permohonan baharu.
Mat Nadzari berkata usul kelima yang akan dibawa oleh ADUN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif pula bertujuan untuk mengutuk tindakan kerajaan negeri yang pada awalnya meluluskan pesta arak Oktoberfest sebelum dibatalkan, berikutan tindakan itu boleh menganggu gugat ketenteraman awam serta sensitiviti agama dan mengundang ancaman ekstremisme.
“Kami berharap usul tersebut diterima oleh Speaker DUN untuk dibahaskan dalam dewan tanpa sebarang prejudis dan pilih kasih. Ini kerana usul-usul ini mempunyai kepentingan rakyat dan jika tidak dibahaskan saya rasa itu tidak adil kepada rakyat Selangor,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Berhubung Belanjawan Selangor 2018 yang akan dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada sidang DUN esok, Mat Nadzari berharap ia adalah bajet yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat Selangor.
Demikianlah Artikel BN Selangor kemuka lima usul pada sidang DUN beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel BN Selangor kemuka lima usul pada sidang DUN beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN Selangor kemuka lima usul pada sidang DUN beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/11/bn-selangor-kemuka-lima-usul-pada.html