Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! beritamalay3.blogspot.com

Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! beritamalay3.blogspot.com
link : Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! beritamalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Geram kerana disaman, seorang lelaki yang mengaku mempunyai gelaran 'Datuk' cuba mempertikai saman yang diterimanya dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki berusia 33 tahun berkenaan dikatakan cuba menggertak polis yang menyamannya dengan mengatakan dia mempunyai gelaran 'Datuk' dan mendakwa dia adalah penerima kurniaan darjah dari sebuah negeri.

Bagaimanapun, polis yang menjalankan semakan awal dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati lelaki berusia 33 tahun berasal dari Bentong, Pahang itu tidak mempunyai sebarang gelaran 'Datuk' seperti didakwa selain ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata anggota polis trafik yang sedang mengadakan Ops Motosikal di laluan berkenaan pada mulanya ternampak sebuah kereta Honda Accord dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas anggota kita jalankan pemeriksaan, satu saman dikeluarkan ke atasnya atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

"Semasa proses mengeluarkan saman, pemandu berasa tidak puas hati dan mengatakan dirinya seorang 'Datuk' untuk mempertikai saman berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada tubuh badannya mendapati tidak menemui sebarang barang yang salah namun pemandu terbabit kelihatan berada dalam keadaan khayal.

"Lelaki itu sendiri mengaku mengambil bahan terlarang disyaki dadah.

"Justeru, kita diserahkan dia kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing sebelum didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine," kata beliau.

Menurutnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri dan polis masih menyiasat status 'Datuk' lelaki terbabit. #sumber


Demikianlah Artikel Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman ! beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/12/lelaki-mengaku-punyai-gelaran-datuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :